Banjir di Sungai Rambai pulih sepenuhnya

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 17 Julai – Bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di Sungai Rambai pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, petang ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka memaklumkan, satu pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai ditutup pada jam 6.30 petang tadi.

Menurut kenyaataan itu, mangsa terakhir yang ditempatkan di PPS tersebut ialah seramai 31 orang iaitu membabitkan penduduk Jalan Janda Berhias.

Untuk rekod, PPS SMK Sungai Rambai mula dibuka pada 11 Julai lalu susulan hujan lebat yang melanda tiga kawasan di Sungai Rambai.

Difahamkan, banjir termenung berlaku di kawasan berkenaan disebabkan penempatan penduduk yang berada di kawasan rendah.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai Siti Faizah Abd Azis turut memaklumkan perkhabaran tersebut di laman Facebook rasminya.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas terlibat termasuk daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Melaka, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Anggota RELA dan Kementerian Kesihatan Malaysia di atas bantuan yang diberikan kepada mangsa-mangsa banjir.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3919
Kongsi :
Previous post Butik Siti Khadijah Cheng ‘pusat sehenti’ kaum hawa
Next post Cadang Jualan Rahmah Bergerak di setiap pasar malam
Ubah saiz-+=