70 ahli SKM didedahkan perniagaan baharu

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER KEROH 20 Ogos – Seramai 70 ahli Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka diberi pendedahan mengenai perniagaan serta pemasaran baharu menerusi Program Padan Niaga Perdana di sini.

Pengarah SKM negeri Mohd Firdaus Shaari berkata, program itu mampu dijadikan sebagai kayu pengukur untuk koperasi di negeri ini menceburi perniagaan baharu yang belum diceburi.

Jelasnya, menerusi program terbabit sebanyak lapan penceramah yang terdiri daripada Bahagian Pembangunan Perniagaan SKM Ibu Pejabat serta Koperasi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan beberapa syarikat perniagaan.

“Antaranya, kita minta penceramah dari Koperasi Indahraya Kemaman Berhad (KOINDAH) memberi penerangan mengenai bekalan daging import.

“Sebagai contoh, katakan bagi modal bernilai RM50,000, KOINDAH akan memberikan pakej seperti ‘chiller’, ‘freezer’ atau modal pusingan.

“Jadi, jika ada ahli koperasi yang berminat, mereka boleh membuka pusat pengedaran di sini berdasarkan kemampuan kewangan koperasi,” katanya ketika ditemui dalam program berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata para peserta turut didedahkan mengenai kaedah pemasaran yang terbaharu seiring dengan kemajuan teknologi.

Sementara itu, seorang daripada peserta, Aminudin Awi, 68 berkata dia berbesar hati kerana diberi pendedahan mengenai kaedah untuk mempelbagaikan pemasaran syarikat yang diusahakan bersama isteri.

“Apabila Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) dikenakan Mac lalu, perniagaan sedikit sebanyak terkesan, namun apabila program seumpama ini dijalankan, saya dapat memperbaiki kaedah pemasaran supaya dapat menarik lagi pelanggan,” katanya yang mengusahakan perniagaan sejuk beku.

Bagi Ramlah Ahmad, 65 berkata menerusi program berkenaan, dia diberi pendedahan untuk menceburi bidang perniagaan baharu sekali gus memberi idea kepadanya untuk mempelbagaikan aktiviti perniagaannya.

“Alhamdulillah, banyak input yang diperolehi sekali gus dapat disesuaikan dengan kemampuan kewangan ahli koperasi yang mahu menceburi bidang perniagaan lain,” katanya

Views:

802
Kongsi :
Previous post Tidak menyesal berhenti belajar – Muhd Sharifuddin
Next post Konvoi Semarak Merdeka Melaka 2020 ‘masuk kampung’
Ubah saiz-+=