7,000 dijangka banjiri Zoo Melaka 20 Februari ini

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

AYER KEROH 20 Januari – Zoo Melaka dijangka menerima kehadiran lebih 7,000 pengunjung domestik dan antarabangsa pada 20 Februari ini bersempena cuti umum Negeri Melaka.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata, tiket masuk sepanjang hari ke Zoo Melaka pada tarikh berkenaan adalah percuma bagi semua warga negara Malaysia.

“Pada tarikh berkenaan hanya warga negara asing sahaja dikenakan bayaran untuk masuk. Insya-Allah zoo mula dibuka jam 10 pagi, namun operasi dihentikan dari jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang bagi kerja-kerja pembersihan tandas, sampah, selain memberi ruang untuk haiwan berehat.

“Pada jam 2.30 petang kita buka semula sampai jam 4.30 petang, tiada waktu tertentu untuk pengunjung masuk dan boleh masuk ikut berapa ramai ahli keluarga mereka,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pembudayaan Landskap Veritas 100 pokok di Reforestation & Riparian (RR) Sungai Putat, di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan Veritas Landskap Sdn Bhd, Khalifah Jamaluddin; Pengarah Veritas Arkitek, Syah Kamarudin dan Pengarah Landskap dan Kesihatan Persekitaran MPHTJ, LAr. Mohammad Norfadzly Mohammad.

Dalam pada itu, Sapiah berkata Zoo Melaka juga menawarkan hadiah bernilai hingga RM8,000 bagi pengunjung yang membuat pembelian RM300 dalam satu resit.

“Kita buat promosi untuk pembelian RM300 dalam satu resit, boleh masuk cabutan bertuah yang mana hadiah utamanya adalah wang tunai RM8,000 tempat kedua RM5,000, RM3,000 (tempat ketiga) dan 15 sagu hati bernilai RM500.

“Cabutan kami akan buat pada hujung tahun ini dan tawaran ini sudah bermula sejak 1 Januari lalu,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2258
Kongsi :
Previous post Polis lumpuh sindiket edar jus minuman campuran pelbagai dadah di pusat hiburan
Next post Sambal lokan, udang galah ‘tunggu’ pelancong Sungai Linggi
Ubah saiz-+=