Sambal lokan, udang galah ‘tunggu’ pelancong Sungai Linggi

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER LIMAU 20 Januari – Menu autentik Negeri Sembilan iaitu masak lemak cili api lokan, udang galah dan siakap antara tarikan utama buat pengunjung dan pelancong singgah ke Restoran Terapung Sungai Linggi @Taman Lokan, Paya Lebar, Masjid Tanah.

Pemilik restoran, Noor Alisa Ann Md Samian, 40, berkata, premisnya beroperasi dari Selasa hingga Ahad, menawarkan pelbagai menu berasaskan hidupan sungai segar hasil tangkapan nelayan tempatan.

Whatsapp Image 2024 01 19 At 5.44.24 Pm
ANTARA menu yang dihidangkan buat pelancong.

Katanya, menu masak lemak dihidangkan bermula Jumaat hingga Ahad menjadi tarikan buat pengunjung dan pelancong yang menelusuri Sungai Linggi menggunakan perkhidmatan Eco-Cruise Sungai Linggi yang beroperasi dari Jeti Pusat Ekopelancongan Paya Lebar.

Whatsapp Image 2024 01 19 At 5.44.24 Pm
SAMBAL Lokan, masak lemak cili api udang galah antara menu autentik yang ditawarkan di restoran itu.

“Kami ketengahkan masakan autentik Negeri Sembilan kerana Sungai Linggi adalah titik sempadan antara Melaka dan Negeri Sembilan, jadi menu ini antara yang ditawarkan selain sambal lokan. Sementara itu Selasa hingga Khamis kami hanya sediakan masakan bergoreng.

“Alhamdulillah sejak beroperasi hampir sebulan lalu kami menerima antara 70 hingga 100 pelanggan sehari lebih-lebih lagi pada hujung minggu,” katanya.

Menurutnya, pada masa akan datang pihaknya bercadang mempelbagaikan lagi menu dengan menawarkan lauk ikan baung dan patin.

Whatsapp Image 2024 01 19 At 5.42.19 Pm
KEDUDUKAN restoran terapung yang terletak di Taman Lokan merupakan antara tiga persinggahan dalam aktiviti menaiki bot pelancong terbabit.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1409
Kongsi :
Previous post 7,000 dijangka banjiri Zoo Melaka 20 Februari ini
Next post 165 premis penginapan tawar kupon cabutan bertuah TMM2024
Ubah saiz-+=