165 premis penginapan tawar kupon cabutan bertuah TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 20 Januari – Bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) sebanyak 165 premis penginapan di negeri ini disenaraikan antara tempat penginapan yang menawarkan penyertaan cabutan bertuah kepada pelancong.

Tourism Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan pelancong bermalam di negeri ini bagi tempoh tiga hari dua malam layak untuk menyertai cabutan bertuah menerusi kempen Bercuti dan Menang.

Senarai 165 premis penginapan itu membabitkan hotel, resort, chalet, rumah tumpangan dan inap desa seluruh Negeri Melaka.

Cabutan bagi mencari pemenang bertuah pula akan dibuat setiap tiga bulan dengan hadiah utama yang ditawarkan adalah empat kenderaan pacuan empat roda dan kenderaan utiliti sukan (SUV) akan diumumkan oleh Kerajaan Negeri Melaka.

Selain menginap bagi tempoh tiga hari dua malam, antara syarat yang ditetapkan bagi layak menyertai cabutan bertuah adalah pelancong perlu mendapatkan Kupon Cabutan Bertuah TMM2024 dari tempat penginapan mereka dan dilampirkan bersama-sama dengan resit penginapan.

“Pelancongan berbelanja lebih RM500 termasuk dengan penginapan selama tiga hari dua malam berpeluang memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta yang disenaraikan.

“Namun begitu mereka yang berbelanja kurang daripada nilai itu juga layak menyertai kempen ini dan masih berpeluang memenangi hadiah lain yang ditawarkan,” katanya.

Bagi kempen itu sebanyak lima kenderaan ditawarkan antaranya, Maxus T60 bernilai RM115,888; dua buah Proton X70 1.5L Tgdi bernilai RM98,800; sebuah Proton X50 1.5T bernilai RM85,980; sebuah Perodua Aruz 1.5 bernilai RM73,055; tiga buah motosikal elektrik Blueshark R1 bernilai RM9,390 dan sebuah; bot GT Top Std Model bernilai RM3,000.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

894
Kongsi :
Previous post Sambal lokan, udang galah ‘tunggu’ pelancong Sungai Linggi
Next post Panjang bawa 4 misi bersama Melaka
Ubah saiz-+=