
73 rumah atas air di Pulau Gaya terbakar, lebih 200 penghuni hilang tempat tinggal
KOTA KINABALU 12 Mac.- Lebih 200 penghuni hilang tempat tinggal selepas 73 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, di sini, kira-kira jam 8 malam tadi, lapor Berita Harian.
Dipercayai kebakaran bermula dari sebuah rumah dan berikutan kedudukan rumah yang rapat antara satu sama lain menyebabkan api merebak dengan cepat.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebaik menerima panggilan jam 8.23 malam, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Lintas dan Penampang dikejarkan ke lokasi kejadian dengan menggunakan bot.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, api marak dan operasi memadam kebakaran terus dijalankan.
“Api berjaya dikawal jam 10.16 malam tadi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya kepada Berita Harian.
Tiga pusat penempatan sementara (PPS) dibuka setakat ini iaitu di Sembulan, Likas dan juga Damai bagi menempatkan mangsa kebakaran selain difahamkan ada antara yang terjejas sudah keluar dari pulau dan diambil keluarga masing-masing.
Terdahulu beberapa gambar serta video kejadian itu tular dan dikongsi netizen di laman sosial memaparkan keadaan api yang marak itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN TIDAK ANJUR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI, HADKAN LAWATAN LUAR NEGARA MENTERI – ANWAR
KUALA LUMPUR, 11 Mac - Semua kementerian, agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak akan menganjurkan majlis rumah terbuka sempena...
TENANG LEPAS LAFAZ SYAHADAH DI USIA 60 TAHUN
KOTA LAKSAMANA 11 Mac - Ramadan tahun ini membawa makna tersendiri buat seorang warga emas apabila dapat melalui bulan mulia...
HARGA RON95 KEKAL RM1.99 SELITER, BEKALAN MINYAK NEGARA CUKUP SEHINGGA MEI INI – PM
KUALA LUMPUR, 11 Mac - Harga subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) akan dikekalkan pada paras...
DUN AYER KEROH BAKAL MILIKI GELANGGANG PICKLEBALL ‘HARGA RAKYAT’
AYER KEROH 11 Mac - Sebuah dewan terbuka yang dilengkapi gelanggang 'pickleball' bakal dibina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
LOT KEDAI ‘VIBE’ ANAK MUDA DI TENGAH BANDAR
BANDA HILIR 11 Mac - Sebuah lot kedai di kawasan tumpuan pelancong di Pulau Melaka membuka peluang buat usahawan mengembangkan...
SERBUAN ‘CALL CENTRE’ BONGKAR MAKMAL DADAH RM86.78 JUTA
AYER KEROH 11 Mac – Sebuah premis yang pada awalnya disyaki beroperasi sebagai pusat panggilan bagi kegiatan penipuan dalam talian...
