732 kotak arak dengan pelekat Kastam disyaki palsu dirampas

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 20 Mei – Sebanyak 732 kotak minuman keras pelbagai jenama disyaki menggunakan pelekat Kastam palsu bernilai RM17,874 dirampas polis dalam satu serbuan di sebuah rumah kedai di Malim, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata dalam serbuan tersebut dua lelaki warga tempatan berusia 24 dan 46 tahun turut ditahan.

Meng Seah berkata, anggaran keseluruhan rampasan mengikut pasaran semasa bernilai lebih RM300,000.

“Ketika serbuan, dua lelaki tempatan bekerja sebagai penjaga stor sedang memunggah minuman keras berkenaan kedalam dalam lori. Minuman keras berkenaan adalah dipercayai untuk pasaran runcit tempatan.

“Hasil siasatan awal kami percaya rumah kedai berkenaan dijadikan stor penyimpanan minuman keras sejak setahun lalu,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 (1) (g) Akta Kastam 1967 yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Katanya, bagi kesalahan kali kedua pula boleh dipenjara tidak melebihi tujuh tahun dan denda tidak lebih RM100,000.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1101
Kongsi :
Previous post Hari Domingo, ‘Rembang’ and ‘Purnama’
Next post Usaha kerajaan martabat Bahasa Melayu beri identiti kepada generasi akan datang
Ubah saiz-+=