
8.8 juta dos vaksin COVID-19 diberikan setakat semalam- Dr Adham
KUALA LUMPUR 4 Julai – Sebanyak 8,800,700 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk negara ini setakat semalam menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Menerusi perkongsian di Twitter, beliau berkata sebanyak 2,539,686 individu telah menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.
“Sebanyak 217,807 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam melibatkan 141,140 dos pertama dan 76,667 dos kedua,” katanya.
Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 342,677 orang diikuti Sarawak (278,528); Johor (266,779); Kuala Lumpur (232,170) dan Sabah (225,690).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR ASAHAN: TAK PERLU LAGI PANJAT BUKIT CARI ‘LINE INTERNET’
ASAHAN 7 April - Inisiatif Kerajaan Negeri menyediakan WiFi percuma di Kampung Orang Asli (KOA) membawa perubahan besar kepada kehidupan...
WRUR ASAHAN: PBT DISARAN PERLUAS PENDEKATAN ZIARAH KASIH KEPADA KOMUNITI
ASAHAN 7 April – Pendekatan ziarah kasih oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran diperluaskan kepada komuniti sebagai usaha menyantuni lebih...
WRUR ASAHAN: IBU TUJUH ANAK BINA LEGASI ROTI CANAI ASAHAN
ASAHAN 7 April - Wanita berhati besi, adalah gelaran yang sesuai bagi menggambarkan wanita pemilik nama Usahawan Norliza Arshad, 43....
WRUR ASAHAN: HAMPIR 2,000 PENDUDUK DI 14 KOA MELAKA NIKMATI WIFI PERCUMA
ASAHAN 7 April - Kerajaan Negeri memperluaskan inisiatif WiFi percuma di semua 14 Kampung Orang Asli (KOA) seluruh Melaka yang...
KARNIVAL ‘SUKAN ORANG KITA’ JADI ACARA TAHUNAN, DIPERLUAS KE PERINGKAT PARLIMEN
ASAHAN 7 April - Penganjuran Karnival Sukan Orang Kita (Masyarakat Orang Asli) dicadang untuk dijadikan sebagai acara tahunan di peringkat...
WRUR ASAHAN: TERIMA KASIH ‘YB ALONG’, MAIM BANTU KAMI SELESA
ASAHAN 7 April - Nasib seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam tinggal di rumah pusaka di Kampung Hilir, Batang...
