83 kakitangan IPK jalani ujian saringan COVID-19 selepas dua positif

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 18 Jan. – Seramai 83 kakitangan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka telah menjalani ujian saringan COVID-19 berikutan terdapat dua kakitangan disahkan positif virus itu, minggu lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, bagaimanapun kes berkenaan tidak membabitkan pembawaan mana-mana kakitangan dalam kawasan itu namun hanya membabitkan kontak rapat keluarga pada pegawai terlibat.

Menurutnya, dua kakitangan wanita membabitkan Pegawai Rendah berpangkat Sub Inspektor dan seorang kakitangan awam yang bertugas di Bahagian Logistik berusia 30 dan 53 tahun disahkan positif sebaik bertugas di negeri ini.

“Pegawai Sub Inspektor itu dipercayai menerima jangkitan dari teman kepada anaknya manakala seorang lagi menerima jangkitan daripada kakaknya yang positif apabila mereka pulang ke kampung.

“Dua kakitangan yang positif ini telah dirawat ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang pada minggu lalu.

“Hasil ujian saringan, seramai 45 kakitangan IPK diarahkan kuarantin di rumah kerana mereka adalah kontak rapat daripada pegawai, anggota dan ahli keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media diadadakn di Jabatan Siasatan Jenayah IPK Melaka, di sini hari ini.

Dalam pada itu, tindakan pantas sanitasi bagi menyahkuman telah dilaksanakan di seluruh bangunan terbabit dan pihaknya turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menjejaki kontak rapat serta kluster mana yang terlibat.

“Setakat ini perkara yang berlaku tidak menjejaskan penugasan anggota polis di Melaka,” katanya.

Views:

1145
Kongsi :
Previous post Talian Bantuan Prihatin Rakyat ditutup sementara
Next post Polis tahan dua sepupu, rampas syabu lebih 15 kg bernilai RM2.4 juta
Ubah saiz-+=