90 rekaan Aidilfitri

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 16 April – Eid Mubarak 2023 The Straits Gala Melaka membuktikan sentuhan anak tempatan setanding dengan pereka fesyen antarabangsa.

Berikutan itu penganjuran acara seperti Eid Mubarak 2023 The Straits Gala Melaka menjadi platform terbaik buat pereka tempatan untuk pergi lebih jauh dalam dunia fesyen khusus di peringkat antarabangsa.

Pada acara itu 15 pereka fesyen tempatan mempersembahkan 90 idea dan ilham rekaan mereka menerusi pakaian yang diperagakan model di pentas.

Pengerusi Sheng Tai International Datuk Leong Sir Ley berkata, kemampuan pereka fesyen tempatan amat membanggakan kerana berjaya memukau pengunjung yang hadir.

Katanya menerusi Straits Designers Gallery (SDG) pula pihaknya mengetengahkan hasil karya pereka fesyen tempatan.

“Kami di SDG amat mengalu-alukan pereka fesyen yang ingin bersama-sama. Selepas pandemik kami difahamkan ada ramai pereka fesyen baharu dan SDG adalah medan terbaik buat mereka.

“Meskipun tiada kriteria khusus ditetapkan untuk mereka bersama SDG tetapi kami akan lakukan tapisan dalam memastikan  setiap rekaan itu mempunyai kualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Eid Mubarak 2023 The Straits Gala Melaka yang turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi SDG Liam Yiu, di sebuah hotel, di sini, semalam.

Menurutnya kebanyakan konsep rekaan fesyen dipersembahkan menerapkan unsur atau ciri batik bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan luar negara.

“Fesyen tempatan ada potensi bagi diperagakan semua lapisan masyarakat termasuk dunia (antarabangsa). Rekaan batik amat senang untuk menarik hati pelancong yang datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1536
Kongsi :
Previous post 20 kawah dodol, 8 kuih tradisional kembalikan nostalgia Aidilfitri
Next post Jualan murah hari mantai sempena persiapan Aidilfitri
Ubah saiz-+=