
91,317 pegawai dan anggota PDRM selesai suntikan vaksin COVID-19
KUALA LUMPUR 8 Jun – Sebanyak 91,317 atau 79.76 peratus anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat Ahad lalu.
Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Ramli Din berkata baki 23,179 terdiri daripada pegawai dan anggota kini dalam proses menyelesaikan vaksinasi mereka.
PDRM mempunyai seramai 114,496 pegawai dan anggota.
“Seramai 10,670 pegawai kanan telah menerima kedua-dua dos vaksin, 859 telah mendapat dos pertama dan sedang menunggu dos kedua, manakala 1,566 belum menerima vaksin.
“Sementara itu 80,647 anggota telah menerima dos pertama; 6,106 mendapat dos pertama dan masih menunggu dos kedua manakala 14,648 masih lagi belum menerima vaksin,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR BAWA IMPAK BESAR UNTUK WARGA KOTA LAKSAMANA
KOTA LAKSAMANA 23 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana...
KEJOHANAN GOLF PPSPM PROMOSI ECO CRUISE SUNGAI LINGGI
BANDARAYA MELAKA 23 Mei - Kejohanan Golf Piala Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) yang dijadual berlangsung pada 12...
MELAKA MAHU LAHIRKAN LEBIH RAMAI GENERASI BERILMU
AYER KEROH 23 Mei - Pelbagai inisiatif kearah kecemerlangan akademik anak Melaka dilaksanakan Kerajaan Negeri ketika ini bukan sekadar untuk...
PROMOSI MUSIM CUTI: PAKEJ KELUARGA MELAKA WONDERLAND HANYA RM148
AYER KEROH 23 Mei – Musim cuti kali ini bakal menjadi lebih meriah apabila Melaka Wonderland Theme Park & Resort...
LEBIH 3,000 KELUARGA TERIMA BANTUAN KEBAJIKAN SEJAK 2020 DI DUN KOTA LAKSAMANA
KOTA LAKSAMANA 23 Mei - Lebih 3,000 keluarga dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana menerima bantuan kebajikan yang...
KAMPUNG DIGITAL: MELAKA PERGIAT KEMPEN TUKAR ALAMAT KAD PENGENALAN
KOTA LAKSAMANA 23 Mei - Kempen menukar alamat kad pengenalan bagi penduduk yang menerima alamat baharu menerusi inisiatif Kampung Digital...
