Melaka miliki tiga Tabika Pra Tahfiz

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

AYER KEROH 26 Ogos – Ilmu agama menjadi antara yang perlu diterapkan sejak awal dalam melahirkan ‘huffaz cilik’ pada masa akan datang.

Program yang bermula Julai lalu itu bakal menggabungkan elemen 7M iaitu mengaji, menghafaz, membaca, menulis, mengira, menaakul dan manusiawi.

Pengarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Anisah Saidin berkata, di Melaka terdapat tiga buah Tabika Pra Tahfiz KEMAS bagi projek rintis setakat ini.

Katanya, tiga tabika itu ialah Tabika KEMAS Kampung Gadek Alor Gajah, Tabika KEMAS Pengkalan Renggam Hang Tuah Jaya dan Tabika KEMAS Merlimau Barat 3.

“KEMAS sentiasa meningkatkan kualiti dan standard terutamanya dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. Antara program baru yang diperkenalkan oleh KEMAS pada tahun ini ialah program TABIKA Pra Tahfiz KEMAS.

“Program ini merupakan nilai tambah bagi Modul Penghayatan Pendidikan Islam dan matlamat utama program ini untuk memberi penekanan khusus terhadap dua aspek iaitu pembelajaran ibadah dan pengajian Al-Quran,” katanya.

WhatsApp Image 2023-08-26 at 15.23.30
PEMENANG program Bilal Cilik.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Potensi Tabika/Taska KEMAS Peringkat Negeri Melaka 2023 di Menara Persekutuan, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr. Muhamad Akmal Saleh dan Ketua Pengarah KEMAS Datuk Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi.

Dalam pada itu, Anisah memaklumkan, di Melaka terdapat sebanyak 307 buah Tabika membabitkan seramai 6,936 orang murid.

Manakala, Taska pula membabitkan seramai 480 orang kanak-kanak di seluruh Negeri Melaka.

Tambah beliau, KEMAS sehingga kini masih terbukti menjadi pilihan bagi pusat pembelajaran pra sekolah oleh rakyat berdasarkan pengiktirafan oleh Reader’s Digest dan meraih Anugerah Trusted Brands sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 2017, 2020, 2022 dan 2023.

“Anugerah ini membuktikan bahawa Tabika KEMAS setaraf dengan pusat pembelajaran pra sekolah yang lain, malah mempunyai tenaga pengajar dan sistem pembelajaran yang diiktiraf,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2001
Kongsi :
Previous post Cadang anjur kursus khas kesan anak-anak istimewa di Tabika
Next post 15 penternak akuakultur Melaka terima bantuan RM425,060
Ubah saiz-+=