
Lelaki cedera tangan tersepit pada mesin proses ayam
IPOH, 19 November – Seorang pekerja lelaki cedera selepas tangannya tersepit pada mesin memproses ayam di Pasar Jelapang, Kampung Baru Jelapang dekat sini, pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian terhadap lelaki berusia 33 tahun itu pada 11.31 pagi.
“Kejadian berlaku ketika mangsa sedang melakukan kerja-kerja memproses ayam. Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya menggunakan peralatan khas seperti gergaji dan pemotong hidraulik untuk mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata mangsa kemudian dibawa ke hospital dan operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada 12.12 tengah hari.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MISI ‘ALONG’ BELUM SELESAI DI ASAHAN
ASAHAN 12 November - Menyelesaikan isu infrastruktur, memperjuangkan pemilikan kediaman generasi kedua FELCRA, meningkatkan kemudahan perumahan serta memperkukuh pendidikan menjadi...
336 PENYERTAAN BUKTI POTENSI ANAK MUDA DALAM DUNIA DATA
BANDARAYA MELAKA 12 November - Minat generasi muda terhadap dunia data dan kreativiti semakin terserlah apabila Pertandingan Video Penceritaan Data...
PRN MELAKA: MELAKA PERLU JADI PENCETUS GELOMBANG BN-PN KE PUTRAJAYA – AHMAD MARZUK
SERKAM 12 November - Melaka perlu menjadi pencetus kepada gelombang kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di peringkat...
PRN MELAKA: ‘TEKAD KELUARGA REMBIA’ JADI TAWARAN AZRIL
REMBIA 12 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 Rembia, Ahmad Norazril Abdul Aziz...
KECELARUAN POLITIK SEMASA, PELUANG CERAH BN-PN MENANG LEBIH 21 KERUSI DI MELAKA
TABOH NANING 12 November – Kecelaruan politik di peringkat Persekutuan ketika ini dilihat mampu membuka ruang lebih luas kepada Barisan...
SEMBOYAN 14 NOVEMBER: LANGKAH BAHARU BN-PN MENUJU PUTRAJAYA
TABOH NANING 12 November – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bukan sekadar medan menentukan siapa diberi mandat untuk mentadbir...
