
Banjir: Melaka buka satu pusat pemindahan
AYER KEROH 25 November – Hujan berterusan sejak tengah hari tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah Melaka Tengah dinaiki air.
Antara kawasan paling terjejas ialah di Kampung Pulau Kelapa, Pengkalan Batu yang menyaksikan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) terpaksa dibuka.
Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, PPS itu dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Peringgit bermula jam 5.24 petang tadi.
“Buat masa ini PPS berkenaan masih dalam proses pendaftaran mangsa dan bilangan mangsa terjejas akan dimaklumkan selepas pendaftaran selesai,” kata kenyataan itu.
Sekretariat itu memaklumkan, selain Kampung Pulau Kelapa turut terjejas ialah empat buah rumah di Kampung Tampoi, Krubong dan Taman Jati Batu Berendam membabitkan keseluruhan 23 buah rumah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KANAK-KANAK PEREMPUAN MENINGGAL DUNIA KERANA STROK HABA DI GUA MUSANG – POLIS
KOTA BHARU 21 Oktober - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun disahkan meninggal dunia akibat strok haba selepas ditemukan tidak...
MPAG BANTU BINA BAHARU, BAIK PULIH 17 RUMAH GOLONGAN MEMERLUKAN
ALOR GAJAH 21 Oktober – Pemilik 17 kediaman melibatkan golongan kurang berkemampuan dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
TINDAKAN SEGERA BANTU SELESAI ISU LESEN NELAYAN KLEBANG
KLEBANG 21 Oktober – Nasib nelayan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang terus mendapat perhatian apabila beberapa lesen yang...
TIDAK PATAH SEMANGAT, NORAIMI BUKTI OKU BERKAKI PALSU BOLEH BERJAYA
KLEBANG 21 Oktober - Kegigihan usahawan orang kurang upaya (OKU), Noraimi Mat Rejab, 49, berdikari dalam meneruskan kesinambungan hidup mendapat...
NAIK TARAF LONGKANG KAMPUNG LIMBONGAN INISIATIF KURANGKAN RISIKO BANJIR
KESIDANG 21 Oktober - Kekerapan banjir menghantui penduduk Kampung Limbongan, di sini, dijangka dapat dikurangkan selepas kerja-kerja naik taraf longkang dan...
PEMUDA DISYAKI ‘LIBAS’ REMAJA PEREMPUAN DITAHAN
AYER KEROH 21 Oktober - Tindakan pantas pasukan polis berjaya memberkas seorang pemuda yang disyaki terbabit dalam kejadian mencederakan seorang...