
Cadang anjurkan hari perancangan bandar di Melaka – KM
BANDA HILIR 26 November – Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) tahun hadapan dicadang untuk dianjurkan di Negeri Melaka.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia berikutan Melaka merupakan bumi yang kaya dengan peninggalan warisan sejarah.
“Saya berbesar hati mencadangkan supaya sambutan HPBS dibuat di Melaka tahun hadapan.
“Ditambah pula tahun hadapan adalah tahun amat penting kepada kita khususnya rakyat Melaka menyambut Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Melaka 2023 di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di sini, semalam.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman dan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Perancangan Bandar dan Desa, TPr. Hassan Yaakob.
Dalam pada itu, Ab Rauf akan memastikan segala perancangan bandar di negeri ini tidak hanya tertumpu kepada aspek kemampanan.
“Malah, kita perlu mengutamakan kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SASAR 20 PENCAPAIAN MENJELANG AKHIR 2026
BANDA HILIR 30 Jun – Melaka menyasarkan lebih 20 pencapaian dan pengiktirafan baharu peringkat negeri, kebangsaan serta antarabangsa menjelang penghujung...
PUSAT PERANGINAN BAHARU BAWA LIMPAHAN EKONOMI KEPADA WARGA SERKAM
SERKAM 30 Jun - Pembangunan sebuah pusat peranginan baharu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam dijangka menjadi pemangkin baharu kepada...
91.94 PERATUS RAKYAT MELAKA BERPUAS HATI DENGAN KUALITI PERKHIDMATAN AWAM
BANDA HILIR 30 Jun – Tahap kepuasan rakyat terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam di Melaka pada 2025 amat membanggakan apabila...
KARNIVAL MADANI SEMAI PERPADUAN SEJAK DI BANGKU SEKOLAH
KESIDANG 30 Jun – Usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda terus diperkasakan menerusi penganjuran Karnival Madani, program yang...
PLATFORM WRUR PERKASA PENYELESAIAN ISU RAKYAT
SERKAM 30 Jun - Lebih 50 aduan diterima pada Hari Aduan Rakyat sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
WRUR SERKAM: LEBIH 100 ADUAN RAKYAT AKAN DISELESAIKAN
SERKAM 30 Jun - Sebanyak 53 aduan diterima pada Hari Aduan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam bersempena Program Wakil...
