
Diskaun 50 peratus lawati pelancongan Melaka

MELAKA 10 Nov. – Tourism Melaka mengaktifkan semula sektor pelancongan Negeri Melaka dengan melancarkan Kempen Promosi ‘Melakan Visit Melaka Packages 2020’ bagi menggalakkan orang Melaka melancong di negeri ini.
Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Saari Basiron berkata, kempen itu disediakan khas untuk orang Melaka yang mempunyai kad pengenalan 04 atau 30 serta yang beralamat di Melaka.
“Orang Melaka dapat menikmati tempat-tempat tarikan pelancongan dengan kadar diskaun sebanyak 50 peratus berbanding harga biasa yang ditawarkan.
“Terdapat 18 pengusaha produk-produk pelancongan yang turut serta dalam kempen ini dan ianya sah sehingga 31 Disember 2020.
“Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua penggiat industri pelancongan Negeri Melaka dalam menjayakan kempen ini. Let’s Dream Now & Travel Later,” katanya.

Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di mana hanya dua penumpang dibenarkan dalam satu kenderaan.
“Walaupun melancong orang ramai dinasihatkan terus mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya lagi.
Terdahulu kempen tersebut telah dilancarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali pada Ahad lalu di Kafe Stadthuys Banda Hilir.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
