
APM Hulu Terengganu tangkap ular sawa 5.4 meter
KUALA BERANG, 24 Disember – Seekor ular sawa sepanjang 5.4 meter dengan anggaran berat 120 kilogram berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Terengganu di Kampung Pelandan, di sini hari ini.
Pegawai APM Daerah Hulu Terengganu Kapten (PA) Mohd Zabri Abd Razak berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang penduduk kampung pada 7.45 pagi memaklumkan kehadiran reptilia berkenaan di dalam reban ayam miliknya.
Beliau berkata enam anggota APM yang tiba di lokasi kejadian mengambil masa sekitar 10 minit untuk menangkap ular sawa itu menggunakan peralatan khas.
“Penduduk kampung itu mendengar bunyi bising dari reban di belakang rumah dan setelah diperiksa, dia mendapati seekor ular sawa sedang berlingkar di dalamnya.
“Ular sawa ini akan disimpan di sangkar milik APM Daerah Hulu Terengganu untuk sementara sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sehubungan itu, Mohd Zabri menasihatkan penduduk supaya sentiasa berwaspada dengan kehadiran haiwan berbisa dan berbahaya ketika musim banjir ini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘MISTERI’ BANJIR 20 TAHUN SELESAI
KESIDANG 17 Jun – Masalah banjir yang menghantui ribuan penduduk di beberapa kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang selama...
6 INISIATIF UTAMA PERKASA USAHAWAN MELAKA
KESIDANG 17 Jun – Diberi mandat sebagai Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna pada 2023 dimanfaatkan sepenuhnya Allex...
BERANI BERDEPAN ISU PRINSIP YB ALLEX
KESIDANG 17 Jun – Tidak berselindung di sebalik jawatan dan protokol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo...
WRUR TELOK MAS: PBT BUKAN SEKADAR PEMUNGUT CUKAI
TELOK MAS 17 Jun – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak seharusnya dilihat hanya sebagai pemungut cukai, sebaliknya pihak pemudah cara...
WRUR TELOK MAS : ‘TOK AJAK’ MAHU ZIARAH 100 RUMAH
TELOK MAS 17 Jun – Dari rumah ke rumah, suara dan keluhan penduduk akan terus disantuni menerusi Program Ziarah Kasih...
TOKONG 178 TAHUN JADI NADI KOMUNITI CINA TELOK MAS
TELOK MAS 17 Jun – Berusia 178 tahun, Tokong Cheng Wah Keong bukan sahaja kekal sebagai antara rumah ibadat tertua...
