
Lelaki warga Singapura hilang dipukul ombak, ditemukan lemas
KOTA TINGGI, 28 Dis – Seorang lelaki warga Singapura yang hilang selepas hanyut dipukul ombak di Pantai The Westin Desaru Coast, di sini semalam, ditemukan lemas awal pagi tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar Penolong Kanan Penguasa Bomba Masri Ibrahim berkata mayat mangsa yang berusia 49 tahun itu ditemukan oleh orang awam di pesisir pantai pada 5.30 pagi.
“Mangsa yang berseluar pendek warna hitam ditemukan orang awam lebih kurang lima kilometer dari lokasi dilaporkan hilang. Isterinya turut mengesahkan mayat suaminya itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata mayat dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.
Semalam, Masri dilaporkan berkata mangsa bersama anak lelakinya yang berusia 16 tahun dipukul ombak ketika beriadah di gigi air sebelum dihanyutkan dalam kejadian kira-kira 12.33 tengah hari.
Bagaimanapun remaja terbabit berjaya diselamatkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Kota Tinggi.
Masri berkata lokasi kejadian itu sebelum ini telah pun dikibarkan bendera merah sebagai amaran kepada pengunjung supaya tidak melakukan aktiviti di pantai berikutan faktor cuaca.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM JELAJAH 28 DUN SALUR BANTUAN PERSEDIAAN RAMADAN 2026
AYER KEROH 19 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menjelajah kesemua 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi...
LARANGAN DEKORASI KRISMAS DI PREMIS BERSIJIL HALAL, TERTAKLUK GARIS PANDUAN JAKIM
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Sebarang paparan dekorasi atau simbol perayaan keagamaan termasuk Krismas tidak dibenarkan di dapur dan ruang...
MELAKA ANJUR 1,150 JUALAN RAHMAH, HAMPIR 1 JUTA PENGUNJUNG DAPAT MANFAAT
AYER KEROH 19 Disember - Sebanyak 1,150 Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) telah dianjurkan di seluruh Negeri Melaka setakat Januari...
‘HADIAH’ RM600 TANDA KOMITMEN HARGAI JASA PESARA
BANDA HILIR 19 Disember - Hubungan baik bersama pesara tidak terhenti usai tamatnya perkhidmatan sebaliknya Kerajaan Negeri terus komited memastikan...
WRUR BUKIT KATIL: KUNJUNGAN KETUA MENTERI SENTUH HATI TOKOH VETERAN
BUKIT KATIL 20 Disember - "Kunjungan ini amat bermakna untuk ayah terutamanya, walaupun sudah tidak lagi berkhidmat namun baktinya masih...
WRUR BUKIT KATIL: AB RAUF LUANG MASA SANTUNI WARGA EMAS
BUKIT KATIL 19 Disember - Bunyi deruman enjin konvoi motosikal diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, memecah...
