
KIAM’23: Ceramah Ustaz Sabun meriah
PAYA RUMPUT 29 Disember – Ceramah Agama Perdana ‘Ku Langkah Dengan Bismillah’ yang disampaikan penceramah luar negara Ustaz Fadlan Sabun di Karnival Islamik Antarabangsa Melaka (KIAM’23) di Stadium Hang Jebat meriah apabila dikunjungi ratusan umat Islam.
Mereka yang hadir bukan sahaja dalam kalangan penduduk setempat malah ada juga anggota badan beruniform yang tidak mahu melepas peluang mendengar ceramah disampai oleh pemilik nama sebenar Muhammad Zaaf Fadlan Rabbani Al-Garamatan.
Malah, turut sama meluangkan masa mendengar ceramah adalah penduduk Orang Asli dari beberapa perkampungan Orang Asli di Melaka.
Dengan pelbagai perkongsian menarik, Ustaz Fadlan Sabun turut berkongsi pengalaman kesukarannya untuk mendekati dan mengislamkan penduduk.
Selain ceramah agama perdana, pada hari kedua KIAM ’23 turut dipenuhi dengan beberapa lagi program menarik lain antaranya saringan peserta hafazan al-Quran, pertandingan memasak dan juga pemeriksaan kesihatan.
Turut diadakan sepanjang KIAM’23 ialah Havoc Street Food Festival yang menawarkan pelbagai makanan tular dari seluruh negara.
Pada sebelah malam pula, akan berlangsung pertandingan kompang kreatif.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHANΒ TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
ANAK-ANAK AUTISME ‘CABAR DIRI’ NAIK PERKHIDMATAN AWAM
AYER KEROH 19 Ogos - Seramai 13 kanak-kanak autisme diberi pendedahan berhubung cara menggunakan perkhidmatan awam Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS)...
