
Kanak-kanak sembilan tahun antara lapan positif COVID-19
AYER KEROH 12 Nov – Lapan individu termasuk seorang kanak-kanak sembilan tahun didapati positif COVID-19 di Melaka hari ini.
Pengerusi Jawantakuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, jumlah kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif yang dirawat Hospital Melaka seramai 33 orang.
Mengulas lanjut, beliau berkata daripada lapan kes baharu yang direkodkan hari ini, dua daripadanya merupakan Kluster Berendam membabitkan pekerja industri berusia 36 dan 37 tahun.
“Empat lagi kes di Mukim Ayer Molek berusia antara 47 hingga 81 tahun yang dikategorikan kes saringan kontak rapat.
“Satu lagi kes di kawasan Tanjung Minyak membabitkan individu berusia 28 tahun manakala Daerah Jasin merekodkan satu kes membabitkan kanak-kanak berusia sembilan tahun,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.
Beliau berkata, jumlah kes sembuh di negeri ini merekodkan satu kes dan tiada kes kematian direkodkan.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: AB RAUF KOMITED GALAS AMANAH, PERKUKUH JENTERA BN
AYER KEROH 23 Oktober - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bertekad melaksanakan amanah sebagai...
PRN MELAKA: BN, PAS DAN RAKAN STRATEGIK UMUM CALON DI PENTAS SAMA 24 OKTOBER
AYER KEROH 22 Oktober – Barisan Nasional (BN), PAS dan rakan strategik politik dijangka mengumumkan calon masing-masing di pentas yang...
PRN MELAKA: AB RAUF DILANTIK PENGARAH PILIHAN RAYA BN
AYER KEROH 22 Oktober - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh secara rasmi dilantik sebagai Pengarah Pilihan...
MACAM-MACAM TOK RAUF BUAT UNTUK TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 22 Oktober - Usaha mengembalikan kegemilangan Tanjung Bidara sebagai destinasi pelancongan, memperkukuh kemudahan komuniti nelayan serta mewujudkan tarikan...
MAIM PERMUDAH URUSAN WAKAF, PELIHARA AMANAH
PENGKALAN BATU 22 Oktober - Mewakafkan sebahagian harta bukan sekadar amalan kebajikan, sebaliknya satu legasi yang mampu memberikan manfaat berpanjangan...
MOTAC TINJAU NAIK TARAF INFRASTRUKTUR ZOO MELAKA
AYER KEROH 22 Oktober - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meninjau pelaksanaan projek naik taraf infrastruktur di Zoo Melaka...
