
Melaka rekodkan dua kes postif COVID-19
AYER KEROH 15 Nov. – Kes positif COVID-19 Negeri Melaka merekodkan pertambahan dua kes baharu hari ini, menjadikan 48 kes positif masih dirawat di Hospital Melaka.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, dua kes baharu itu melibatkan mukim Bukit Katil di Daerah Melaka Tengah dan mukim Sungai Rambai di Daerah Jasin.
“Dua kes itu merupakan satu kes import B baru balik Sabah berumur 53 tahun dari saringan zon berisiko dan satu kes tempatan berumur 29 tahun saringan kontak rapat tempat kerja di Johor.
“Setakat hari ini terdapat lima kes sembuh, dua masih di rawat di ICU dan tiada kes kematian yang direkodkan,” katanya.
Mengikut data dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka sebanyak 11 Zon Kuning direkodkan.
Ia melibatkan Ayer Molek, Cheng, Tanjung Minyak, Batu berendam, Durian Tunggal, Kelemak, Chohong, Ayer Panas, Merlimau, Bukit Rambai dan Bukit Katil.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: HELMY MAHU BANGUNKAN EKOSISTEM E-SUKAN DI DUYONG
DUYONG 10 November - Penyediaan fasiliti e-sukan di Duyong menjadi antara perancangan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
DALAM SIBUK BERKEMPEN, RAIS TURUN HARUNG BANJIR DEMI RAKYAT
BEMBAN 10 November - Kesibukan berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 tidak menghalang Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan,...
TPM MAHU PERKENAL KURSUS E-SUKAN DI INSTITUSI TVET MARA
DUYONG 10 November - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu kursus berkaitan e-sukan diperkenalkan di...
ANTHONY LOKE LETAK JAWATAN: SENDIRI JANJI, SENDIRI TANGGUNG – KA SIONG
BANDARAYA MELAKA 10 November - Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong menyifatkan keputusan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke...
PRN MELAKA: AB RAUF YAKIN MCA MAMPU RAIH SOKONGAN MASYARAKAT CINA
BANDARAYA MELAKA 10 November - Barisan Nasional (BN) Melaka menyasarkan kemenangan di kesemua empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang...
HUJAN BUKAN HALANGAN, UNCLE WONG SETIA TEMANI HELMY BERKEMPEN
DUYONG 10 November - Cuaca hujan tidak menghalang warga emas, Vong Fook Hoi atau lebih dikenali sebagai Uncle Wong, 88,...
