
Warga emas didakwa bunuh abang, kakak ipar
MANJUNG, 12 Mac – Seorang pekebun warga emas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan membunuh abang dan kakak iparnya minggu lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Chee Kooi Heng, 63, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Lelaki itu didakwa dengan niat membunuh Chee Khoi Sia, 74, dan Koh Eng Lai, 70, di ladang kelapa sawit Lot 3332, Mukim Pengkalan Baharu, Pantai Remis di sini pada kira-kira 3 hingga 3.30 petang, 5 Mac lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hairol Jemain, manakala tertuduh diwakili peguam CC Keong.
Mahkamah menetapkan 29 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pada 5 Mac, media melaporkan pasangan suami isteri warga emas ditemukan maut disyaki dibunuh di kawasan kelapa sawit dan kejadian dipercayai berpunca daripada perebutan harta menyebabkan berlaku pergaduhan antara kedua-dua mangsa dan tertuduh.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
UMPAN RM5 DAN MI GORENG, WARGA EMAS DITAHAN BANTU SIASATAN KES CABUL
AYER KEROH 25 Jun – Seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun ditahan selepas dipercayai mencabul dua kanak-kanak perempuan berusia...
MAYAT LELAKI DITEMUKAN DI LEBUHRAYA PLUS, POLIS SIASAT PUNCA KEMATIAN
AYER KEROH 25 Jun – Polis masih menyiasat penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan separuh bogel di Kilometer 198 Lebuhraya...
JELAJAH KETUA MENTERI: SELESAI ISU RAKYAT SECARA TERUS DI LAPANGAN
BEMBAN 25 Jun - Program Jelajah Ketua Menteri bermula 5 Julai depan mampu meningkatkan lagi tahap kecekapan penyampaian perkhidmatan Kerajaan...
POLIS MELAKA TUMPASKAN SINDIKET ANTARABANGSA TAWAR PELABURAN SAHAM TIDAK WUJUD
AYER KEROH 25 Jun – Polis Melaka menumpaskan sindiket pelaburan saham tidak wujud yang menyasarkan mangsa di Korea dan China...
TAMAN REKREASI ANJUNG GAPAM DESTINASI RIADAH BAHARU MPHTJ
BEMBAN 25 Jun - Taman Rekreasi Anjung Gapam diserahkan secara rasmi oleh pihak pemaju kepada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
NORLINA BERSYUKUR MAIM SENTIASA MEMBANTU
TELOK MAS 25 Jun – Ujian kehilangan anak, pemergian suami serta keperluan menjalani rawatan dialisis tidak mematahkan semangat Norlina Abdullah...
