
Syarikat China berminat pasarkan produk halal di Melaka
AYER KEROH 20 Mac – Syarikat dari negara China Yunnan Zhuoxiu Tea Co Ltd berminat untuk memasarkan produk halal keluarannya di Kompleks Melaka Mall.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata, hasrat itu disuarakan wakil syarikat berkenaan susulan lawatan dan sesi perbincangan bersama MPHTJ, semalam.
“Mereka berminat mahu menjalinkan kerjasama dengan MPHTJ khususnya Negeri Melaka bagi menempatkan produk halal dikeluarkan.
“Kerjasama ini terjalin selepas delegasi dari China ini diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Yunnan Zhuoxiu Tea Co Ltd, Ma Xiao Lei mengadakan perbincangan bersama kita.
“Bagaimanapun, perbincangan dan cadangan ini akan dibawa kepada pihak Kerajaan Negeri serta Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri sementara menunggu kertas cadangan negara mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya.
Turut hadir pada lawatan itu, Naib Presiden Persatuan Penyelidikan Yunnan Cheng Ho, Yu Xiong; Pakar Penyelidikan Muslim Yunnan, Andy Kang dan Wan Siew Meng; Pengarah Sumber Alam Era (M) Sdn Bhd, Dan Charmaine Teh serta Pengarah Penilaian dan Pengurusan Harta MPHTJ, Sr. Zulhanizah Bakatar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MBMB AMBIL SERIUS DAKWAAN BECA ‘SCAM’
AYER KEROH 14 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil serius terhadap dakwaan ada pengayuh beca mengenakan caj tambahan...
WRUR GADEK: MPAG ‘CERIAKAN’ RUMAH WARGA EMAS DERITA KANSER HATI
GADEK 14 April - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menterjemahkan keprihatinannya terhadap kesukaran ditempuh golongan sasar menerusi Program Masyarakat Di...
MAIM SALUR BANTUAN AIDILADHA, SOKONG PERSIAPAN JEMAAH HAJI
PENGKALAN BATU 14 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memainkan peranan membantu golongan asnaf serta menyokong persiapan jemaah...
ROSNAH SETIA JAGA SUAMI TERLANTAR AKIBAT ANGIN AHMAR
GADEK 14 April – Kunjungan kepimpinan Kerajaan Negeri memecahkan kesunyian di kediaman Rosnah Abu, 69, selain menceriakan wanita ini yang...
MPHTJ PERGIAT OPERASI TURUNKAN PAPAN IKLAN HARAM
AYER KEROH 14 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) terus mempergiat operasi menurunkan papan iklan haram dan lusuh...
TEMPOH PENYELESAIAN MASALAH LEBIH SINGKAT, WRUR TERBUKTI MEMUDAHKAN RAKYAT
GADEK 14 April - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bukan sahaja mengubah birokrasi malah terbukti mampu menyelesaikan permasalahan rakyat...
