
SIBS buka peluang usahawan Melaka ke peringkat antarabangsa
AYER KEROH 3 April – Selangor International Business Summit (SIBS) 2024 perlu dimanfaatkan pemain industri dari Melaka untuk melebarkan jaringan perniagaan ke peringkat antarabangsa
Pengarah Pejabat Penyelarasan Bioteknologi Selangor (S-BIOCO), Selangor Invest, Arieff Aaron Abdullah berkata, pihaknya mengalu-alukan mana-mana pemain industri untuk menyertai SIBS 2024.
Katanya, SIBS 2024 akan dianjurkan menerusi dua siri dijadualkan pada 25 hingga 27 Julai dan 16 hingga 16 Oktober depan.
“Apa yang paling utama adalah SIBS kali ini mengutamakan padanan perniagaan bersama pelabur tempatan atau antarbangsa dalam pelbagai sektor.
“SIBS mendapat sokongan penuh rakan dari negara Asean selain China, Taiwan, Eropah, Amerika Syarikat dan Timur Tengah,” katanya ketika ditemui pada Program Jaringan Invest Selangor bersama Melaka Invest, di sini, semalam.
Hadir sama, Setiausaha Unit Percangan Ekonomi Negeri, Wan Rafidah Awang Isa; Ketua Pegawai Eksekutif Melaka ICT Holdings (MICTH), Dr. Nazdiana Ab Wahab serta tetamu lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERPADUAN JADI WARISAN BERHARGA BUAT MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Rakyat Melaka diseru menjadikan perpaduan dan keharmonian sebagai warisan paling berharga untuk ditinggalkan kepada generasi...
DR. AKMAL HADIRI MUKTAMAR PEMUDA PAS 3 SEPTEMBER
SERI NEGERI 24 Ogos - Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan menghadiri Muktamar Pemuda PAS di...
TUN DR. MOHD ALI SERU RAKYAT MELAKA PERBAHARUI ILTIZAM KEMERDEKAAN
SERI NEGERI 24 Ogos - Rakyat Melaka diseru memperbaharui iltizam untuk terus memelihara kemerdekaan yang diwarisi daripada generasi terdahulu, terutama...
PDRM PERKETAT KAWALAN SEMPADAN SUSULAN KETEGANGAN DI SELATAN THAILAND
SERI NEGERI 24 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan susulan keadaan keselamatan yang semakin...
AYUH BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Seluruh penjawat awam, jabatan, agensi, anak syarikat Kerajaan Negeri dan kepimpinan Melaka diseru mengetepikan pendekatan...
MELAKA KECIL DI PETA, BESAR DI MATA DUNIA
SERI NEGERI 24 Ogos - Melaka mungkin kecil dari segi keluasan, namun kekuatan sektor pelancongan dan warisannya terus mengangkat nama...
