MPJ, rakan strategik kongsi rezeki bersama anak yatim

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

JASIN 3 April – Teruja dan gembira itu reaksi ditunjukkan 30 anak yatim sekitar daerah Jasin apabila terpilih untuk diraikan pada Program Kasihmu Ramadan, Mewarnai Syawal Bersama Anak Yatim.

Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari, berkata, program itu adalah hasil kerjasama MPJ dan rakan strategik Syarikat Xinyi Energy Smart (M) Sdn Bhd dalam menyantuni golongan tidak berkemampuan khususnya anak yatim.

“Untuk program kali ini seramai 30 anak yatim dipilih, iaitu lima orang dari setiap Dewan Undangan Negeri (DUN). Anak-anak ini bebas memilih sendiri persalinan baju raya baharu seperti baju kurung, kasut dan songkok.

“Pada program ini setiap jabatan dalam MPJ akan diberikan anak angkat, kakitangan berkenaan bertanggungjawab membantu dan menemani anak-anak ini memilih baju raya mengikut peruntukan RM200 setiap seorang,” katanya.

Muhammad Zahiruddin ditemui pada Program Kasihmu Ramadan, Mewarnai Syawal Bersama Anak Yatim di sebuah gedung membeli belah di Jasin Bestari, semalam.

Menurutnya, usaha dilakukan ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa kerjasama rakan strategik MPJ yang banyak memberikan sokongan.

“Ini adalah inisiatif kita untuk membantu dan berkongsi rezeki dengan rakyat setempat yang kurang berkemampuan tetapi untuk kali ini fokus kita kepada anak yatim.

“Secara tidak langsung dengan pemberian sumbangan ini, anak-anak dapat rasa meriahnya raya serta merasai pengalaman memilih baju raya sendiri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

79
Kongsi :
Previous post Syukur, cucu dapat baju raya
Next post SIBS buka peluang usahawan Melaka ke peringkat antarabangsa
Ubah saiz-+=