
Polis tahan lelaki disyaki bunuh bayinya yang baru berusia enam bulan
KUALA LUMPUR, 17 April – Polis menahan seorang lelaki yang disyaki membunuh anak kandungnya yang baru berusia enam bulan di sebuah pangsapuri di Beranang, Selangor, Isnin lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Mohamad Nasir Drahman berkata lelaki berumur 25 tahun itu ditahan di perkarangan Unit Forensik Hospital Kajang pukul 11.30 malam pada hari hari yang sama.
Beliau berkata dalam kejadian Isnin lepas suspek membuat laporan polis pada pukul 8.52 pagi memaklumkan bayi itu tidak sedarkan diri di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Kesuma, Beranang.
“Pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan pada badan bayi itu, namun hasil bedah siasat mengesahkan terdapat kecederaan di bahagian kepala, yang bukan disebabkan oleh kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Nasir berkata suspek yang didapati positif dadah jenis syabu direman sehingga 22 April ini untuk siasatan lanjut, dan kes diklasifikasikan sebagai kejadian bunuh yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya hadir ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes ASP S. Vekram di talian 019-4737108 bagi membantu siasatan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SEDIA BANTU USAHAWAN BERKEMBANG DENGAN TEKNOLOGI BAHARU
GADEK 15 April - Kerajaan Negeri sedia membantu usahawan tempatan khususnya dalam sektor pertanian untuk mengembangkan penggunaan teknologi baharu sekali...
TUNAS ILHAM MAIM BANTU ANAK ASNAF LEBIH BERSEDIA DUDUKI UPKK 2026
PENGKALAN BATU 15 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menganjurkan Program Tunas Ilham Bagi Tahun 2026-2027 iaitu sebuah program...
RUMAH PUSAKA LEBIH SEABAD KEMBALI ‘BERSERI’
GADEK 15 April - Hanya rasa syukur dapat dizahirkan Asenah Baba, 85, apabila rumah pusaka lebih seabad yang didiaminya kini...
TELUR ASIN BUKIT SEDANAN BERSIH, BERKUALITI
ASAHAN 15 April - Telur asin lazimnya sinonim dengan kaedah pembuatan tradisional menggunakan abu gosok daripada arang dan sekam padi....
BERMALAM DI MUZIUM MELAKA TERAP NILAI STEM, REKREASI
AYER KEROH 15 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) kembali menganjurkan program 'Sleepover @ The Museum', namun menawarkan pengalaman berbeza...
WRUR GADEK: ISU INFRASTRUKTUR ANTARA 160 ADUAN DITERIMA
GADEK 15 April - Isu membabitkan infrastruktur antara 160 aduan yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
