
COVID-19: 1,041 kes baharu, tiga kematian

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Malaysia hari ini mencatatkan 1,041 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 53,679 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurutnya ia menjadikan bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 12,854 kes, manakala jumlah kes pulih hari ini adalah 1,405 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 40,493.
Beliau berkata daripada 1,041 kes baharu hari ini, sebanyak 1,039 kes adalah penularan dalam negara manakala bakinya adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Katanya tiga negeri yang mencatatkan kes tertinggi hari ini adalah Selangor dengan 402 kes (38.6 peratus), diikuti Sabah 346 kes (33.2 peratus) dan Negeri Sembilan 121 kes (11.6 peratus).
“Pelaporan kes positif COVID-19 yang tinggi di Selangor berpunca daripada pertambahan kes bagi Kluster Teratai iaitu sebanyak 298 kes (74.1 peratus),” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19. BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA MOHON TIGA BALAI BOMBA BAHARU
PAYA RUMPUT 29 Jun – Melaka akan memohon kepada Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan tiga lagi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)...
LAMAN BROMELIAD TINGKAT IMEJ MELAKA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN KREATIF, LESTARI
BANDA HILIR 29 Jun – Laman Bromeliad yang dibangunkan di Taman Bunga Merdeka dijangka menjadi antara produk pelancongan baharu di...
MALIM UPTOWN LUBUK REZEKI USAHAWAN
KESIDANG 29 Jun – Pembukaan Malim Uptown bakal menjadi satu lagi platform penting dalam memperkasa golongan usahawan dan peniaga kecil...
30 PROGRAM RAKYAT GEGAR WRUR SERKAM
SERKAM 29 Jun - Sebanyak 30 program telah disusun sepanjang penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri...
PESANAN TOK RAUF JADI AZIMAT BERMAKNA BUAT ANAK MUDA MELAKA
MERLIMAU 29 Jun - Pesanan dan amanat yang disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kepada peserta Program...
RENTAK PERAHU NAGA SERLAH MAGIS SUNGAI MELAKA
BANDA HILIR 28 Jun – Penganjuran Perlumbaan Perahu Naga 2026 terus memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan apabila berjaya menarik...


