
Rangka manusia di ladang kelapa sawit disahkan milik Muhammad Syafiq
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata identiti lelaki berusia 33 tahun yang beralamat terakhir di Kampung Tengah Air Kuning Selatan, Gemencheh itu disahkan berdasarkan siasatan dan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
“Laporan DNA mengesahkan bahawa rangka berkenaan adalah milik Muhammad Syafiq Salehin yang dilaporkan hilang pada 25 Mac lepas. Kes disiasat sebagai laporan mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan selain rangka manusia, turut ditemukan adalah topi keledar, motosikal dan tali pinggang dengan jarak rangka manusia dengan motosikal itu kira-kira 15 meter (m), rangka tulang belakang 10m serta tengkorak lebih kurang 80m.
Polis juga sebelum itu meminta bantuan orang ramai mengesan Muhamad Syafiq yang diklasifikasikan sebagai orang hilang.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA PERKASA PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI
TABOH NANING 8 Mei - Aspek pendidikan dalam kalangan anak-anak masyarakat Orang Asli di Melaka sentiasa diberikan perhatian oleh Kerajaan...
NEK PEAH KONGSI KISAH HIDUP 102 TAHUN
ASAHAN 8 Mei - Meskipun sudah menginjak usia 102 tahun, warga emas tertua di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Peah...
JALAN BAHARU UBAH KEHIDUPAN PENDUDUK
MACHAP JAYA 8 Mei - Pembukaan jalan baharu menghubungkan Tebong ke Hutan Percha memberi impak besar kepada penduduk setempat apabila...
WRUR AYER MOLEK: JASA BEKAS GURU JAIM MASIH JADI SEBUTAN RAMAI
AYER MOLEK 8 Mei - Meskipun sudah bersara jasa bekas guru Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM tetap dikenang, bukan sahaja...
APEL.A UiTM BANDARAYA MELAKA BUKA PELUANG PEKERJA BERPENGALAMAN IKUTI PENGAJIAN MBA
BANDARAYA MELAKA 8 Mei - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Bandaraya Melaka membuka peluang kepada pekerja berpengalaman untuk menyambung pengajian...
BALAI RAYA TAMAN SRI HILIR KEMBALI ‘BERNYAWA’
ASAHAN 6 Mei - Balai Raya Taman Sri Hilir kembali 'bernyawa' selepas melalui proses baik pulih dan kembali berfungsi sebagai...
