
Malaysia umum status tunai haji, solat Jumaat lusa
PUTRAJAYA 9 Jun — Keputusan sama ada Malaysia akan menghantar jemaah haji untuk mengerjakan ibadah itu pada tahun ini akan diumumkan Khamis ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Turut akan diumumkan pada Khamis ini adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) berkenaan keluasan dan kapasiti bagi solat jemaah dan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), katanya.
“Satu kenyataan rasmi akan kita kemukakan selewat-lewatntnya Khamis ini untuk menjawab sebarang bentuk persoalan tentang solat Jumaat dan solat jemaah,” katanya dalam sidang media bersempena Pembentangan Kad Laporan Mei 2020, di sini hari ini.
Beberapa negara seperti Indonesia dan Singapura sebelum ini dilaporkan memutuskan untuk tidak menghantar jemaahnya menunaikan haji bagi tahun ini dengan alasan kesihatan dan keselamatan berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum pulih.
Zulkifli berkata Malaysia akan mengadakan perbincangan khusus dan rasmi dengan pelbagai pihak berautoriti berhubung dasar yang akan diputuskan termasuk berkaitan status tunai haji dan solat Jumaat dan berjemaah.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA PERINTIS PEKERTI NEGARA, 12 SEKOLAH DIPILIH FASA PERTAMA
AYER KEROH 13 Jun – Melaka bakal menjadi negeri perintis bagi pelaksanaan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) Negara...
PRN JOHOR DITETAPKAN 11 JULAI, NEGERI SEMBILAN PADA 1 OGOS – SPR
PUTRAJAYA, 12 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai,...
MELAKA BAKAL MILIKI HOSPITAL BAHARU DI HANG TUAH JAYA
PENGKALAN BATU 7 Jun - Melaka bakal memiliki sebuah hospital awam baharu bernilai RM875 juta yang akan dibangunkan di kawasan...
HILANG HAMPIR SEMINGGU, LELAKI OKU DITEMUKAN MAUT
IPOH 6 Jun - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah pada Ahad...
WANITA MENINGGAL DUNIA SELEPAS PARAH KERETA DINAIKI TERBABAS DI LPT2
DUNGUN 6 Jun - Wanita yang cedera putus kaki kiri dalam kemalangan di Kilometer 341.5 Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2)...
DUA DITAHAN BERSAMA DADAH RM57.15 JUTA DI MUAR
JOHOR BAHRU 6 Jun - Polis menahan dua warga tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM57.15 juta yang dipercayai...


