
Ikmalrudin Dilantik Sebagai Setiausaha SPR
PUTRAJAYA 9 Jun — Ikmalrudin Ishak dilantik sebagai Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkuat kuasa 5 Jun, menggantikan Datuk Mohamed Elias Abu Bakar yang bersara wajib pada 30 Mei, demikian umum Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali hari ini.
Beliau berkata Ikmalrudin berpengalaman luas dalam bidang pengurusan, perolehan, pengurusan Parlimen dan urusan pilihan raya.
“Semoga dengan pelantikan ini, beliau akan dapat memimpin Urusetia SPR dalam merancang, penyelaras dan melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkan SPR dengan cekap dan berkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ikmalrudin, 49, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sosiologi/Antropologi daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 24 tahun dengan jawatan pertamanya sebagai Penolong Pengarah (Jabatan Agama Islam) di Jabatan Perdana Menteri pada 1 Mac 1996.
Antaranya, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan Parlimen), Timbalan Setiausaha (Pengurusan Suruhanjaya Pilihan Raya) dan Pengarah SPR Negeri Selangor.
Mohd Zuki bagi pihak kerajaan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohamed Elias atas jasa dan khidmat bakti kepada negara sebagai penjawat awam selama 37 tahun.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
LEBIH 6,000 LEPASAN SPM TOLAK TAWARAN KE IPT
MERLIMAU 26 Jun - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menjalankan kajian bagi memahami kecenderungan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang...
DUA MAUT, DUA PARAH DIPERCAYAI BERLUMBA MOTOSIKAL DI SKVE
SHAH ALAM 26 Jun - Dua penunggang motosikal termasuk seorang remaja maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan di Kilometer...
KPT SERAH SIASATAN PROTES MAHASISWA UMS KEPADA PIHAK BERKUASA
MERLIMAU 26 Jun - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian penuntut Universiti...
WANITA MAUT DIPERCAYAI TERJATUH DARI TINGKAT LAPAN HOTEL
SEREMBAN 26 Jun - Seorang wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini...
PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT KEMALANGAN BABITKAN LORI
SEREMBAN 26 Jun - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah lori di jalan perkampungan...
PELAJAR PEREMPUAN DITEMUKAN MAUT DI CYBERJAYA DISYAKI DIBUNUH
SEPANG 26 Jun - Seorang pelajar perempuan sebuah universiti tempatan ditemukan maut dipercayai dibunuh di sebuah kondominium di Cyberjaya pada...