
3,000 DIJANGKA MERIAHKAN MAJLIS BERSELAWAT SERI BENDAHARA
AYER KEROH 8 Oktober – Majlis Berselawat Seri Bendahara Tahun 2024 Malam Cinta Rasul dijadualkan pada 13 Oktober ini dijangka mampu menarik penyertaan sehingga 3,000 umat Islam.
Penganjuran majlis ilmu itu adalah bersempena meraikan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, sekali gus menyuburkan lagi syiar Islam dan budaya masyarakat Melayu di Negeri Melaka.
Majlis berkenaan dijadual diadakan di Dataran Seri Bendahara iaitu kediaman rasmi Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan bermula seawal jam 6 petang.
Usai solat Maghrib berjemaah umat Islam yang hadir akan menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul bermula di hadapan kediaman Ketua Menteri sehingga ke pentas utama majlis.
Majlis diteruskan dengan bacaan ayat suci al-Quran, selawat dan tausiah disampaikan penceramah jemputan iaitu Timbalan Mufti Pahang, Datuk Badli Shah Alaudin, Dr. Habib Musthofa Abdul Wahab Al Haddar dan Ustaz Muhammad Hatta Syamsul Ariffin Abd Rahim.
Lebih menarik jemputan yang hadir berpeluang menikmati jamuan makan berdulang yang dimasak secara gotong-royong oleh para jemaah surau yang terlibat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
59 MUALAF BAHARU DIREKODKAN DI MELAKA SETAKAT JUN
KESIDANG 22 Jun - Seramai 59 individu memeluk Islam di Melaka sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini, sekali gus...
SHANMUGAM CHIEF DE MISSION MELAKA KE SUKMA SELANGOR
AYER KEROH 22 Jun - Pelantikan sebagai 'Chief de Mission' Melaka ke Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 buat kali...
‘RAMAI KATA STPM SUSAH, ZHEN HONG SAHUT CABARAN JADI TERBAIK’
TELOK MAS 22 Jun - Tanggapan ramai bahawa sukar untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dianggap...
MELAKA PASANG LEBIH 100 ‘SPEED BREAKER’ TEBAL KURANGKAN RISIKO KEMALANGAN
TELOK MAS 22 Jun - Kerajaan Negeri Melaka telah melaksanakan pemasangan dan penambahbaikan lebih 100 'speed breaker' (bonggol jalan) di...
KECEMERLANGAN ANAK MELAKA BUKAN KEBETULAN, TETAPI HASIL KOMITMEN KERAJAAN NEGERI PERKASA ASPEK PENDIDIKAN
AYER KEROH 22 Jun - Keputusan membanggakan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2025 diraih Negeri Melaka bukan satu...
MELAKA KOMITED PERKUKUH ASPEK KESELAMATAN AWAM
AYER KEROH 22 Jun - Semua jabatan, agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diarah untuk menilai semula tahap keselamatan kemudahan...

