
MENSEJAHTERA RAKYAT FOKUS BAJET 2025 NEGERI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 24 Disember – Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentangkan pada Jumaat (27 Disember) ini memfokuskan kesejahteraan rakyat di negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, bajet itu bakal menelusuri kehendak rakyat dalam segala bentuk perancangan kerja dilaksanakan di Negeri Melaka tahun hadapan.
“Tahun depan Melaka akan menjadi tuan rumah kepada sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) yang mana ia akan diadakan di Melaka.
“Hebatnya Melaka ini kita bawa dunia datang ke Melaka dan orang Melaka berkesempatan bertemu dengan menteri-menteri pelancongan dunia ada di Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas bersiaran dalam segmen Dak Rauf Masuk Konti di MelakaFM di sini, hari ini.
Sementara itu, Ab Rauf dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau memaklumkan sebanyak tiga agenda utama Bajet 2025 Negeri Melaka.
Tiga agenda itu adalah Mengukuh Kepelbagaian Ekonomi, Peduli Tentang Keperluan Masyarakat dan Memperkasa Perkhidmatan Sektor Awam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LEBIH 2,000 UMAT ISLAM IMARAHKAN MELAKA BERMUNAJAT
LENDU 22 Oktober - Seramai 2,200 umat Islam mengimarahkan majlis ilmu Melaka Bermunajat: Majlis Ratib Al-Attas & Asmaulhusna di Masjid...
PRN MELAKA: BN UMUM CALON 24 OKTOBER, MUKTAMAD KERJASAMA DENGAN PAS
LENDU 21 Oktober -Barisan Nasional (BN) sudah memuktamadkan kerjasama dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 pada...
AI BUKAN ANCAMAN, TAPI PELUANG MARTABAT BAHASA MELAYU – DBP
AYER KEROH 21 Oktober - Perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) bukan ancaman kepada kelangsungan bahasa Melayu, sebaliknya membuka peluang lebih...
MELAKA TERUS MARTABAT BAHASA KEBANGSAAN
AYER KEROH 21 Oktober - Kerajaan Negeri Melaka komited untuk terus memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa...
729 PESERTA, SATU MISI HIJAUKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 21 Oktober - Seramai 729 peserta daripada 30 agensi kerajaan dan 15 syarikat swasta berganding bahu menceriakan persekitaran...
BAHASA KEBANGSAAN LAMBANG BANGSA MERDEKA
AYER KEROH 21 Oktober - Bahasa kebangsaan bukan sekadar alat komunikasi, sebaliknya lambang kemerdekaan, jati diri dan maruah bangsa yang...

