
DUN KESIDANG ADA ‘PORT’ RIADAH BAHARU
KESIDANG 3 Februari – Padang terletak berhadapan Japerun Kesidang telah dinaik taraf menjadi kawasan rekreasi, sekali gus memudahkan orang ramai beriadah dalam suasana lebih selesa dan selamat.
Mengulas mengenai perkara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo Chin berkata padang berkenaan dilengkapi laluan pejalan kaki, kemudahan permainan kanak-kanak dan ‘outdoor gym’.
“Kerja-kerja menaik taraf dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bermula Julai 2024 dan siap sepenuhnya pada Oktober 2024.
“Kemudahan ini memudahkan penduduk sekitar yang ingin melakukan aktiviti riadah atau bersenam di lokasi lebih dekat dengan kediaman mereka.
“Penduduk dari taman perumahan berhampiran juga boleh datang ke kawasan rekreasi ini pada waktu lapang atau hujung minggu,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Beliau yang juga Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri berkata,Β kewujudan padang itu juga selaras dengan hasrat menjadikan persekitaran lebih hijau selesa dan selamat buat penduduk di taman perumahan sekitar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MISI ‘ALONG’ BELUM SELESAI DI ASAHAN
ASAHAN 12 November - Menyelesaikan isu infrastruktur, memperjuangkan pemilikan kediaman generasi kedua FELCRA, meningkatkan kemudahan perumahan serta memperkukuh pendidikan menjadi...
336 PENYERTAAN BUKTI POTENSI ANAK MUDA DALAM DUNIA DATA
BANDARAYA MELAKA 12 November - Minat generasi muda terhadap dunia data dan kreativiti semakin terserlah apabila Pertandingan Video Penceritaan Data...
PRN MELAKA: MELAKA PERLU JADI PENCETUS GELOMBANG BN-PN KE PUTRAJAYA – AHMAD MARZUK
SERKAM 12 November - Melaka perlu menjadi pencetus kepada gelombang kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di peringkat...
PRN MELAKA: ‘TEKAD KELUARGA REMBIA’ JADI TAWARAN AZRIL
REMBIA 12 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 Rembia, Ahmad Norazril Abdul Aziz...
KECELARUAN POLITIK SEMASA, PELUANG CERAH BN-PN MENANG LEBIH 21 KERUSI DI MELAKA
TABOH NANING 12 November β Kecelaruan politik di peringkat Persekutuan ketika ini dilihat mampu membuka ruang lebih luas kepada Barisan...
SEMBOYAN 14 NOVEMBER: LANGKAH BAHARU BN-PN MENUJU PUTRAJAYA
TABOH NANING 12 November β Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bukan sekadar medan menentukan siapa diberi mandat untuk mentadbir...
