
10,000 KUPON PERCUMA UNTUK PENGUNJUNG RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA
AYER KEROH 3 Februari – Sebanyak 10,000 kupon percuma bernilai RM15 disediakan buat pengunjung yang hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2025 Melaka pada 8 Februari ini.
Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata majlis yang bermula dari jam 6 petang hingga 11 malam itu dijadualkan berlangsung di Jalan Rahmat 4, Malim Jaya.
“Orang ramai boleh mendapatkan kupon percuma pada tarikh dan waktu ditetapkan, pelbagai aktiviti turut disusun untuk memeriahkan sambutan seperti tarian singa, tarian naga, persembahan yoyo Cina serta persembahan kebudayaan.
“Kita buka 60 gerai menyediakan hidangan masyarakat Melayu, Cina dan India. Semua orang Melaka tanpa mengira kaum dijemput untuk bersama-sama memeriahkan sambutan ini nanti,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut Allex Seah, antara hidangan disediakan untuk pengunjung adalah kuih keria, kuih udang Alor Gajah, mi goreng lambak, bihun goreng, ayam gunting dan pelbagai lagi.
“Jadi saya menjemput orang ramai untuk dapat ke rumah terbuka ini, sekali gus mengeratkan silaturahim antara satu sama lain,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
