
POLIS TAHAN PASANGAN KEKASIH BANTU SIASATAN KES BUNUH WANITA WARGA EMAS
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata pasangan kekasih berusia 20-an itu ditahan di sebuah rumah di Paya Terubong dekat sini, kira-kira pukul 6.30 pagi hari ini, hasil risikan dan intipan pihak polis.
“Lelaki yang ditahan itu merupakan anak kepada wanita warga emas berusia 60-an yang ditemukan maut dalam kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui motif sebenar insiden berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Menurut beliau, kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 9 Feb bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mayat wanita itu ditemukan selepas jiran-jiran terhidu bau busuk dari rumah mangsa. Pemeriksaan pihak berkuasa seterusnya menemukan mayat mangsa, yang kemudiannya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR: DIDIK PENDUDUK TAMAN ANGKASA NURI CAKNA KESELAMATAN SIBER
DURIAN TUNGGAL 31 Oktober - Aspek keselamatan siber menjadi fokus utama yang diberi pendedahan kepada penduduk Taman Angkasa Nuri, di...
BANGKAI KAPAL DITEMUI DI PULAU MELAKA DIPERCAYAI DIGUNAKAN PEMBESAR
BANDA HILIR 31 Oktober - Serpihan kayu dipercayai milik bangkai kapal dari abad ke-13 yang ditemui di Pulau Melaka dianggap...
TINGKAT KESEDARAN WANITA MELAKA CEGAH KANSER PAYUDARA
BANDARAYA MELAKA 31 Oktober - Kesedaran mengenai pentingnya ujian awal bagi mengesan kanser payudara perlu ditingkatkan dalam kalangan golongan wanita,...
KAPAL ABAD KE-13 DITEMUI DI PULAU MELAKA?
BANDA HILIR 31 Oktober - Bangkai kapal dipercayai dari abad ke-13 ditemui di Pulau Melaka hasil ekskavasi yang dijalankan Perbadanan...
TRAGEDI SIRAM POKOK, REMAJA DITEMUI LEMAS DALAM KOLAM
PAYA RUMPUT 30 Oktober - Seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam sedalam 10 kaki di...
WANITA MAUT, ANAK DAN ADIK PARAH MOTOSIKAL DIREMPUH SUV
AYER MOLEK 31 Oktober - Pekerja sebuah restoran makanan segera maut, manakala anak dan adiknya parah selepas motosikal ditunggangi mereka...
