
MELAKA TERUS MAJU, BERJAYA DI BAWAH KEPIMPINAN AB RAUF – TYT
SERI NEGERI 25 April – Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam mengucapkan tahniah kepada kepimpinan negeri yang berjaya mencorak negeri ini ke satu tahap membanggakan.
Menurut beliau, Kerajaan Negeri yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri telah menunjukkan satu semangat dan usaha gigih berterus sehingga berjaya memacu pelbagai pencapaian membanggakan.
“Saya mengucapkan tahniah kepada kepimpinan negeri yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kerana dengan usaha gigih Negeri Melaka pada hari ini terus bergerak maju dan mencipta pelbagai pencapaian yang membanggakan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas di Dewan Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, di sini, hari ini.
Tun Dr. Mohd Ali turut menzahirkan harapan agar persidangan penggal keempat ini memberi tumpuan kepada agenda rakyat dan memberi perkhidmatan terbaik bagi menyantuni segala masalah dan keperluan rakyat di bumi bersejarah.
“Saya berharap persidangan kali ini berjalan dengan sempurna dan ahli-ahli dewan dapat berbahas secara baik dan menumpu kepada aspek yang utama iaitu memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat,” ujarnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: ‘AH SEM’ CALON NOMBOR 1 DUN MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 31 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem atau lebih dikenali...
PRN MELAKA: BILIK GERAKAN SPRM BEROPERASI 24 JAM
AYER KEROH 31 Oktober - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka bilik gerakan beroperasi 24 jam sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya...
PRN MELAKA: 65 CALON LELAKI, 14 WANITA BERTANDING DI 28 KERUSI DUN
AYER KEROH 31 Oktober - Persaingan merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: JASMINE MAHU ANAK MUDA KEMBALI BERKARYA DI BANDAR HILIR
AYER KEROH 31 Oktober - Meskipun diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N22 Bandar...
TOK AJAK YAKIN TELOK MAS ‘KEKAL BIRU’
TELOK MAS 31 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman yakin...
PRN MELAKA JADI PENTAS FORMULA POLITIK BAHARU UMNO-PAS MENUJU PRU – MOHAMED KHALED
SUNGAI UDANG 31 Oktober - Kerjasama UMNO dan Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 berpotensi menjadi formula politik...
