Sorting by

×

DELEGASI WEC NIKMATI PELAYARAN MELAKA RIVER CRUISE

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

BANDARAYA MELAKA 8 Mei – Delegasi World Economic Council (WEC) terpana dengan keindahan Sungai Melaka selepas diberi peluang menelusuri pelayaran dengan menaiki Melaka River Cruise.

Tarikan itu dibawakan khas bersempena lawatan khas yang diadakan ke negeri ini, hari ini.

Kumpulan berkenaan berpeluang meluangkan masa kira-kira 15 minit dengan bot Melaka River Cruise sebelum dibawa menikmati ‘hi-tea’ di restoran terapung Mendam Berahi, Pengkalan Rama.

Ketibaan delegasi itu disambut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris.

Kesemua mereka turut diberikan cenderamata eksklusif Melaka River Cruise dan seterusnya bergambar bersama sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Terdahulu, delegasi itu telah disantuni Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada majlis makan tengah hari yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

Turut diadakan Majlis Pertukaran memorandum persefahaman (MoU) di antara WEC dengan Perbadanan Melaka (MCORP) dalam mempromosikan Taman Teknologi Jerman (GTP) yang akan dibangunkan di Melaka.

Memorandum itu dimeterai oleh Pengerusi WEC Peter Nussbaum manakala MCORP diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohd Yusof Abu Bakar sambil disaksikan Ketua Menteri.

Delegasi berkenaan turut mengadakan lawatan ke kilang Infinion, iaitu kilang dari Jerman yang sudah bertapak lebih 50 tahun di Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3381
Kongsi :
Previous post MURID SEKOLAH CEMAS KAKI TERSEPIT BESI LONGKANG