
MURID SEKOLAH CEMAS KAKI TERSEPIT BESI LONGKANG
JASIN 8 Mei – Seorang murid Darjah 5 terpaksa menahan sakit selama lebih 30 minit apabila kakinya tersepit pada besi longkang di Sekolah Kebangsaan (SK), Jasin, di sini, pagi tadi.
Murid berkenaan bagaimanapun diselamatkan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBK 1) Azizul Ali berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.19 pagi sebelum menggerakkan enam anggota ke lokasi.
“Sebaik tiba di lokasi kira-kira seminit kemudian, anggota bergegas memulakan operasi menyelamat mangsa yang berusia 11 tahun.
“Anggota menggunakan peralatan khas bagi membantu mangsa dan operasi itu mengambil masa kira-kira 40 minit,” katanya.
Menurut beliau, kaki mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira jam 12 tengah hari dan operasi tamat pada jam 12.03 tengah hari.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘JURUTERA HUTAN’ PENYERI ZOO MELAKA
AYER KEROH 16 Mei - Beruang matahari yang merupakan spesies beruang paling kecil di dunia memiliki pelbagai keunikan yang mungkin...
TEATER AMAL: MANEK SULAMKAN SI-AYER MATA BANTU KUMPUL DANA BANTU ASNAF
AYER KEROH 16 Mei - Keunikan seni budaya Peranakan Baba dan Nyonya dipersembahkan menerusi Teater Amal: Manek Sulamkan Si-Ayer Mata...
TOK RAUF MAHU PERKASA ANAK MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Pelbagai inisiatif sudah dan akan terus dilaksanakan bagi terus memperkasa aspek pembangunan anak-anak di lima...
BANTUAN ‘ONE OFF’ UNTUK PIBG, SUMBANGAN KHAS HARGAI PESARA GURU
TANJUNG BIDARA - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengumumkan sumbangan secara 'one-off' berjumlah RM213,000 kepada Persatuan Ibu...
KETUA MENTERI UCAP SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga...
‘DAK RAUF TAK LUPA JASA GURU’
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Guru atau cikgu, amat dekat di hati Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,...
