Sorting by

×

PROGRAM BANDARAYA PENYAYANG DEKATKAN PBT DAN RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

SUNGAI UDANG 21 Mei – Program Bandaraya Penyayang yang diadakan bersempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) membawa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyantuni dan mendekati rakyat.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, meskipun sibuk melunaskan tugasan harian, warga PBT juga perlu bersama-sama mendekati komuniti setempat dengan melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Program WRUR berlangsung serentak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu dan Sungai Udang diisi dengan program melibatkan PBT berkenaan iaitu Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) serta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

“Setiap jabatan di PBT terbabit turun padang untuk bergotong-royong dan membaik pulih kediaman terpilih. Menerusi Program Bandaraya Penyayang juga turut disampaikan sumbangan wang tunai, kit makanan dam barangan elektrik.

“Dengan bantuan dihulurkan ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban dan memberikan kegembiraan kepada penerima. Terima kasih saya ucapkan kepada PBT ini kerana banyak membantu dan tanpa jemu melaksanakan program mengikut keperluan rakyat,” katanya ketika ditemui di Kampung Bertam Ulu, di sini, hari ini.

Terdahulu Rais merangkap Penyelaras DUN Sungai Udang bersama Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman dan Setiausaha MBMB Muhammad Firdaus Shariff turun padang menyantuni penhuni di tiga buah kediaman terpilih pada Program Bandaraya Penyayang.

Sementara itu, Rais berkata, MBMB dibawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) akan mengangkat permohonan bagi pembinaan rumah baharu untuk Mohd Fairuz Baharom, 46, kini menghuni rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sudah uzur bersama isteri dan lima anak berusia sembilan hingga 19 tahun.

“Kediaman lama akan dirobohkan dan dibangunkan kediaman baharu dengan dilengkapi tiga bilik dan dua bilik air. Ketika ini keluarga Mohd Fairuz tinggal di rumah dilengkapi cuma dua bilik tidur sahaja.

“Rumah sekarang ini mungkin agak sempit kerana ahli keluarga yang ramai, anak-anak semakin membesar ditambah struktur kediaman semakin uzur. Jadi MBMB akan mengangkat permohonan bagi kelulusan pembinaan rumah baharu ini secepat yang mungkin,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

306
Kongsi :
Previous post REZEKI WRUR, TUJUH BERANAK BAKAL TERIMA RUMAH BAHARU
Next post MELAKA KOMITED PERKUKUH INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA