Sorting by

×

PERZIM PUPUK KESEDARAN GENERASI MUDA LINDUNGI PENYU KARAH

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BANDA HILIR 19 Jun – Bagi meningkatkan kesedaran pentingnya menjaga khazanah lautan Melaka iaitu penyu karah yang kini dikategorikan terancam, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengambil inisiatif menganjurkan program kesedaran khas di Muzium Samudera, di sini.

Program yang dinamakan Santai Bicara@Muzium Samudera: Penyu Karah Khazanah Lautan Warisan Melaka itu dianjurkan dengan kerjasama Tabung Hidupan Liar Sedunia – Malaysia (WWF-Malaysia).

Menurut Kurator Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Nurman Mohd Baroldin, program itu melibatkan seramai 30 peserta terdiri daripada pelajar dari tiga buah sekolah di Negeri Melaka.

Jelas beliau, program itu bertujuan memberi pendedahan awal kepada generasi muda mengenai kepentingan pemuliharaan penyu karah memandangkan Melaka merupakan lokasi pendaratan tertinggi spesies itu di Malaysia.

“Penyu karah bukan sekadar khazanah alam, namun juga aset pelancongan yang boleh melonjakkan lagi nama Melaka sebagai negeri pelancongan maritim, oleh itu kesedaran perlu dipupuk dari peringkat sekolah lagi,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

6239816784022718601
SUASANA program Santai Bicara @Muzium Samudera Penyu Karah Khazanah Lautan Warisan Melaka di Muzium Samudera, Banda Hilir. Foto Afiq Mustaffa

Tambah Nurman, melihat kepada sambutan menggalakkan yang diterima pada program edisi pertama ini, PERZIM bercadang untuk meneruskan program itu pada masa akan datang dengan menyasarkan penglibatan pelajar-pelajar sekolah di kawasan luar bandar.

Beliau turut berharap, menerusi program seumpamanya, ia dapat menarik generasi muda untuk lebih aktif melibatkan diri dalam usaha memelihara alam sekitar supaya khazanah yang ada pada masa kini dapat diwariskan kepada generasi akan datang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

410
Kongsi :
Previous post RASA TIDAK SEDAP HATI PETANDA ANAK DAN SUAMI SUDAH TIADA
Next post PENERAJU TEKNOLOGI AUTOMOTIF, SEMIKONDUKTOR DUNIA KEMBANG OPERASI DI MELAKA