Sorting by

×

MELAKA BAWAKAN ‘PENTAS ATAS LAUT’ PADA KEMUNCAK WTD 2025

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

KUALA LUMPUR 30 Jun – Acara kemuncak Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 pada September depan bakal berlangsung di atas pentas terapung yang direka khas di kawasan pesisir pantai.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, buat masa ini, lokasi yang dicadangkan adalah di kawasan jajaran pesisir laut Straits Of Waterfront Economic Zone (SM-WEZ) yang turut terdapat sebuah panggung bertaraf dunia.

Menurut beliau, selain keunikan pentas tersebut, Kerajaan Negeri juga akan menyediakan pelbagai persembahan bertaraf dunia dan lain daripada yang lain untuk dipersembahkan kepada dunia bersempena hari penuh bersejarah itu.

“Kali ini, WTD dan WTC 2025 membawakan tema Tourism And Sustainable Transformation di mana ia bukan sekadar sebuah acara, tetapi pentas untuk meletakkan Melaka di peta pelancongan dunia.

“Harapan saya, menerusi WTD dan WTC 2025 ini kita dapat menduniakan Melaka dan saya menjemput semua untuk memeriahkan sambutan penuh gilang-gemilang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran di Malaysia Hari Ini bagi mempromosikan Pra Peluncuran WTD 2025 dan Rentak Bertandak Antarabangsa 2025, hari ini.

Menurut Ketua Menteri, bersempena WTD dan WTC 2025 juga, Kerajaan Negeri akan mengetengahkan pelbagai produk-produk Melaka, baik makanan, cenderamata hinggalah permainan tradisional kepada dunia.

Pada masa sama, kata beliau, golongan belia juga akan dilibatkan sepanjang program itu, di mana Kerajaan Negeri bersedia membuka peluang kepada anak muda ini untuk menjadi sukarelawan bagi membantu melancarkan sambutan bertaraf dunia itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

875
Kongsi :
Previous post HARI KELUARGA KOTA MELAKA BAKAL JADI ACARA TAHUNAN
Next post MELAKA NAIKKAN KADAR BANTUAN MAKANAN BULANAN ASNAF