Sorting by

×

BISTARI JADIKAN WRUR PLATFORM SANTUNI RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

BEMBAN 30 Jun – Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) menjadi platform kepada Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI) dalam mempergiatkan lagi aktiviti turun padang menyantuni rakyat.

Setiausaha BISTARI Datin Ernie Aidilia Karim berkata, bersama-sama dengan Pengerusi BISTARI Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab Aziz, badan amal itu sentiasa bergerak aktif bagi menjayakan program kebajikan dan menyantuni golongan yang memerlukan.

“Penganjuran WRUR ini memberi ruang untuk kami bersama-sama turun padang menyantuni rakyat dan menyelami pemasalahan mereka.

“Malah secara tidak langsung kami bukan sahaja dapat menyumbang tetapi juga berkhidmat sama untuk rakyat meskipun bukan seperti peranan dilaksanakan wakil rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas turut serta pada Hari Interaksi Kanak-Kanak Dan Pemasangan Plak Taska sempena WRUR Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, di sini, hari ini.

Program itu turut dihadiri Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin bersama Timbalannya, Leng Chau Yen.

Menurut Ernie Aidilia, menerusi gerak kerja serta hala tuju BISTARI ia diharap akan dapat membantu badan kebajikan itu membawa suara rakyat yang memerlukan sokongan dan bantuan.

“Selain turun padang, menyantuni, membantu dan menghulurkan bantuan, BISTARI juga akan bersama-sama dengan agensi atau pihak berkaitan menjayakan sesuatu program.

“Seperti program WRUR ini, BISTARI bersama-sama dengan agensi berkaitan turun padang dan menyantuni rakyat daripada pelbagai peringkat usia serta latar belakang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

516
Kongsi :
Previous post KINI LEBIH MUDAH SEMAK TASKA BERDAFTAR DI MELAKA
Next post MELAKA BERI INSENTIF KEPADA 1,300 PENIAGA TERJEJAS RIBUT