Sorting by

×

90 PERATUS ADUAN WRUR DUN BEMBAN SELESAI

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BEMBAN 5 Julai – Pendekatan Kerajaan Negeri menyantuni rakyat menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) terbukti berkesan, apabila 90 peratus aduan diterima sepanjang dua minggu berlangsungnya WRUR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, berjaya diselesaikan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, secara keseluruhan dalam tempoh dua minggu sebanyak 106 aduan diterima daripada penduduk Bemban dan daripada jumlah itu 92 berjaya diselesaikan, manakala selebihnya sedang ditangani.

“Alhamdulillah, ini menunjukkan keterbukaan Kerajaan Negeri dalam merakyatkan tadbir urus dan menyantuni suara rakyat secara langsung.

“Beberapa langkah diambil untuk menyentuh rakyat, terutamanya dalam masalah-masalah seperti isu banjir,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program WRUR DUN Bemban di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jasin Lalang, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Penyelaras WRUR, Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Penyelaras DUN Bemban, Mohd Raziff Yakop, barisan Exco, Timbalan Exco serta pegawai kanan Kerajaan Negeri.

Menurut Ketua Menteri, pelaksanaan WRUR edisi kelima ini mendapat sambutan positif daripada penduduk Bemban yang turut hadir menyuarakan pelbagai cadangan serta permasalahan kepada pemimpin Kerajaan Negeri.

“Kita sentiasa mengalu-alukan semua rakyat hadir dan suarakan pandangan secara terbuka menerusi WRUR ini. Ini antara inisiatif yang mendekatkan kerajaan dengan rakyat secara bersemuka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

430
Kongsi :
Previous post WRUR MEDAN MEMBUDAYAKAN PENTADBIRAN TURUN PADANG
Next post ENAM KATEGORI UTAMA PENCAPAIAN WRUR DUN BEMBAN