
PPSPM MAHU PECAH REKOD MBOR, HASILKAN 50,000 ONDE-ONDE
AYER KEROH 2 September – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) mahu mengukir nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dengan menyediakan 50,000 biji kuih onde-onde.
Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkata, acara itu adalah sebahagian aktiviti disusun bagi memeriahkan penganjuran Festival Sungai Melaka 2025 dan Festival Selat Melaka bermula 23 Oktober depan.
Katanya, pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri (JKKN) Negeri Melaka, Japerun, agensi serta pengendali hotel sekitar Melaka bagi menjayakan kedua-dua acara terbabit.
“Selain menghasilkan kuih onde-onde semua peserta terlibat dalam usaha memecahkan rekod itu juga perlu mengenakan busana tradisional kerana kita bukan sahaja mahu ia berlangsung dalam suasana meriah tetapi ada unsur sayangkan warisan selain menampilkan keunikan Melaka.
“Antara aktiviti lain disusun adalah persembahan artis tempatan selain pencarian Puteri Hang Li Po dan Panglima Awang Hitam dalam kalangan pengunjung yang hadir nanti,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Shaharul Azuar berkata, turut disusun adalah acara melepaskan itik di Sungai Melaka yang diharapkan akan menjadi tarikan baharu buat pelancong berkunjung ke Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERUSKAN MOMENTUM KECEMERLANGAN, CAPAI LEBIH 10 PENCAPAIAN SETENGAH TAHUN 2026
AYER KEROH 22 Jun - Melaka menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila mencatat lebih 10 pencapaian dan pengiktirafan pelbagai peringkat sepanjang separuh...
NELAYAN BERLESEN MELAKA KINI DIBENAR TANGKAP IKAN DI PULAU BESAR
AYER KEROH 22 Jun - Nelayan berlesen di Melaka kini diberikan kebenaran khas untuk menjalankan aktiviti penangkapan ikan di sebahagian...
MELAKA TERIMA LEBIH ENAM JUTA PELANCONG SETAKAT MEI, IMPAK EKONOMI DIANGGAR RM6.24 BILION
AYER KEROH 22 Jun - Melaka terus menjadi destinasi percutian pilihan dengan angka terkini merekodkan seramai enam juta pelancong singgah...
MELAKA KEKALKAN MOMENTUM KECEMERLANGAN PADA STPM 2025
AYER KEROH 22 Jun - Melaka sekali lagi melakar pencapaian yang amat membanggakan menerusi keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia...
MELAKA PERKASA MISI ‘SATU KELUARGA SEBUAH RUMAH’
AYER KEROH 22 Jun - Sejak ditubuhkan lebih dua dekad lalu, Lembaga Perumahan Melaka (LPM) bukan sekadar merancang dan menyelaras...
JELAJAH KETUA MENTERI BERMULA JULAI INI
AYER KEROH 22 Jun - Jelajah Ketua Menteri menjadi satu lagi inisiatif dalam usaha berterusan Kerajaan Negeri menyantuni dan menjaga...
