
PPSPM MAHU PECAH REKOD MBOR, HASILKAN 50,000 ONDE-ONDE
AYER KEROH 2 September – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) mahu mengukir nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dengan menyediakan 50,000 biji kuih onde-onde.
Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkata, acara itu adalah sebahagian aktiviti disusun bagi memeriahkan penganjuran Festival Sungai Melaka 2025 dan Festival Selat Melaka bermula 23 Oktober depan.
Katanya, pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri (JKKN) Negeri Melaka, Japerun, agensi serta pengendali hotel sekitar Melaka bagi menjayakan kedua-dua acara terbabit.
“Selain menghasilkan kuih onde-onde semua peserta terlibat dalam usaha memecahkan rekod itu juga perlu mengenakan busana tradisional kerana kita bukan sahaja mahu ia berlangsung dalam suasana meriah tetapi ada unsur sayangkan warisan selain menampilkan keunikan Melaka.
“Antara aktiviti lain disusun adalah persembahan artis tempatan selain pencarian Puteri Hang Li Po dan Panglima Awang Hitam dalam kalangan pengunjung yang hadir nanti,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Shaharul Azuar berkata, turut disusun adalah acara melepaskan itik di Sungai Melaka yang diharapkan akan menjadi tarikan baharu buat pelancong berkunjung ke Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘KUIH BANTAL, LEPAS MAKAN TERUS RASA NAK TIDUR’
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Bagi mereka baru pertama kali menjamah kuih bantal, pasti menyangka nama yang unik itu adalah...
BUKAN SEKADAR ILMU, MAIM BANTU ANAK ASNAF BINA JARINGAN MASA DEPAN
BUKIT KATIL 16 Oktober - Peluang membina jaringan kenalan baharu menjadi antara manfaat yang ingin diketengahkan menerusi Himpunan Bitara Majlis...
TOK RAUF TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID JAMEK TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tanjung...
JEREBU UJI ‘ABANG RIDER’, PITSTOP JADI TEMPAT BERLINDUNG
BANDARAYA MELAKA 16 Oktober - Ketika jerebu mengaburkan pandangan dan menjejaskan keselesaan, penunggang p-hailing tetap perlu berada di jalan raya demi...
TOK RAUF KERAP TURUN PADANG, PASTIKAN BALAI NELAYAN SIAP IKUT JADUAL
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Perkembangan projek balai nelayan baharu Pasir Gembur, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, sentiasa dipantau oleh Ketua...
MeSRa: MELAKA PASTIKAN KEMUDAHAN AWAM SELESA, PACU TENAGA MASA DEPAN
AYER KEROH 15 Oktober - Daripada penyediaan ruang rehat khusus untuk pekerja p-hailing hingga pembangunan ladang solar terapung berskala mega,...
