
ROSLAN MADUN BAKAL CIPTA LAGU TENTANG MELAKA
DUYONG 26 Oktober – Penggiat seni yang popular dengan lagu Lemak Manis, Roslan Madun bakal mencipta sebuah lagu mengenai Negeri Melaka.
Dia yang mesra dengan panggilan Ayah Lan berkata, lagu itu akan dimuatkan di dalam album pemenang tempat ketiga Bintang Klasik 2025, Syaimaa Salleh tidak lama lagi.
“Memandangkan Syaimaa merupakan orang Melaka, kita mahu berhasrat untuk memuatkan lagu mengenai Negeri Melaka.
“Namun, saya belum mahu mengumumkan sebarang butiran mengenai lagu ini dan diharap orang ramai dapat menantikannya,” katanya.
Roslan berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas bersiaran di Podcast Selat Melaka di Dataran Pengkalan Rama, di sini, pada Jumaat.
Dia yang juga anak jati Pahang turut memuji usaha Melaka mempopularkan lagu-lagu rakyat seperti Senandung Anak Melaka dendangan Yasser Fikri sehingga ia menjadi siulan ramai.
“Saya sendiri secara peribadi meminati lagu ini kerana di dalamnya cukup lengkap menggambarkan Melaka dalam sudut pelancongannya, keperibadian rakyatnya dan lain-lain.
“Inilah usaha terbaik Kerajaan Negeri Melaka yang wajar dicontohi dalam terus mengangkat seni, budaya dan warisan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERAHU NAGA LAMBANG PERPADUAN
BANDA HILIR 29 Jun – Penganjuran Perlumbaan Perahu Naga bersempena Pesta Perahu Naga Melaka Ke-41 bukan sekadar mengangkat warisan budaya,...
MELAKA MOHON TIGA BALAI BOMBA BAHARU
PAYA RUMPUT 29 Jun – Melaka akan memohon kepada Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan tiga lagi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)...
LAMAN BROMELIAD TINGKAT IMEJ MELAKA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN KREATIF, LESTARI
BANDA HILIR 29 Jun – Laman Bromeliad yang dibangunkan di Taman Bunga Merdeka dijangka menjadi antara produk pelancongan baharu di...
MALIM UPTOWN LUBUK REZEKI USAHAWAN
KESIDANG 29 Jun – Pembukaan Malim Uptown bakal menjadi satu lagi platform penting dalam memperkasa golongan usahawan dan peniaga kecil...
30 PROGRAM RAKYAT GEGAR WRUR SERKAM
SERKAM 29 Jun - Sebanyak 30 program telah disusun sepanjang penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri...
PESANAN TOK RAUF JADI AZIMAT BERMAKNA BUAT ANAK MUDA MELAKA
MERLIMAU 29 Jun - Pesanan dan amanat yang disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kepada peserta Program...
