Sorting by

×

PENYANYI LEMAK MANIS PUJI USAHA MELAKA MARTABAT SENI BUDAYA

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

DUYONG 28 Oktober – Usaha Kerajaan Negeri Melaka memartabat seni dan budaya mendapat pujian Raja Syair Nusantara, Roslan Madun.

Dia yang juga penyanyi asal lagu Lemak Manis yang kini menjadi siulan ramai berkata, usaha itu membuktikan pemimpin di bumi bersejarah ini mempunyai jiwa seni dalam memperhebat sektor pelancongan.

“Bila pemimpin itu mempunyai jiwa, maka kita dapat lihat bidang seni itu dapat diangkat ke tahap yang lebih tinggi.

“Saya fikir usaha yang dilakukan Kerajaan Negeri Melaka ini adalah yang terbaik dan sewajarnya dengan status negeri ini.

“Namun, saya harap usaha ini tidak terhenti, sebaliknya akan terus dipergiat dengan pelbagai usaha dan insiiatif lain,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas bersiaran di Podcast Selat Melaka bersempena Festival Seni Selat Melaka dan Festival Sungai Melaka (FSSSM), di Dataran Pengkalan Rama, di sini.

Dalam pada itu, Roslan yang juga penggiat seni dalam syair dan puisi berharap FSSSM akan menjadi acara tahunan di Melaka memandangkan impaknya dapat membantu cabang seni terus bersinar.

“Tidak dinafikan ada negeri yang menganjurkan festival seni seperti ini, namun ia tidaklah meriah seperti di Melaka ini.

“Di sini, ia dapat menarik ramai pengunjung bukan sahaja rakyat, malah pelancong turut bersama meraikan seni dan budaya negeri ini,” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

578
Kongsi :
Previous post PEMBAHAGI JALAN MALIM JAYA KURANGKAN RISIKO KEMALANGAN, LANCARKAN ALIRAN TRAFIK
Next post PROGRAM MBA UITM KAMPUS BANDARAYA MELAKA TAWAR PENGAJIAN BERTARAF ANTARABANGSA