
PEMBAHAGI JALAN MALIM JAYA KURANGKAN RISIKO KEMALANGAN, LANCARKAN ALIRAN TRAFIK
KESIDANG 28 Oktober – Pembahagi jalan (island) baharu yang siap dibina di Malim Jaya dan Merdeka Permai diharap dapat membantu mengurangkan risiko kemalangan di laluan berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo Chin berkata, projek itu adalah hasil cadangan dikemukakan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) susulan aduan serta maklum balas diterima daripada penduduk.
“Ada beberapa persimpangan utama sekitar Kesidang dan dengan siapnya pembahagi jalan baharu ini diharapkan dapat meningkatkan lagi aspek keselamatan pengguna jalan raya.
“Kemudahan ini juga diharapkan dapat mengurangkan kesesakan dan melancarkan aliran trafik, sekali gus memberikan keselesaan kepada pengguna jalan raya,” katanya.
Terdahulu Allex Seah yang juga Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri telah melawat lokasi pembinaan itu pada Sabtu (25 Oktober 2025).
Allex Seah berkata, pihaknya akan sentiasa meneruskan usaha menambah baik infrastruktur awam di kawasan Kesidang secara berperingkat demi kesejahteraan pengguna jalan raya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
OUM PILIHAN WARGA KERJA, OKU BINA KERJAYA SAMBIL BELAJAR
AYER KEROH 17 Ogos - Pembelajaran fleksibel, yuran pengajian yang kompetitif serta kemudahan pembelajaran dalam talian menjadikan Open University Malaysia...
POLIS SIASAT KES LELAKI DITUMBUK BERKAITAN TAPAK NIAGA
MELAKA 17 Ogos - Polis mengesahkan kejadian pergaduhan membabitkan seorang lelaki yang ditumbuk di bahagian kepala, dipercayai berpunca daripada perselisihan...
JAKIM DEKATI REMAJA, TANGANI ISU SOSIAL
PENGKALAN BATU 17 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneruskan Program Jerayawara Kesedaran Isu Sosial (J-KIS) ke seluruh...
INKLUSIVITI DESA FELDA HUTAN PERCHA PUKAU DELEGASI 18 NEGARA
BANDA HILIR 17 Ogos - Pengalaman tinggal bersama masyarakat Felda Hutan Percha memberi kesan mendalam kepada 20 peserta dari 18...
‘MELAKA BILA LARUT MALAM’ BAWA NAFAS BAHARU KE PASAR BESAR BACHANG
AYER KEROH 17 Ogos - Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bachang bakal dihidupkan pada sebelah malam menerusi program...
FELDA HUTAN PERCHA JADI MODEL DESA DI PENTAS ANTARABANGSA – KKDW
BANDA HILIR 17 Ogos - Felda Hutan Percha dipilih sebagai model komuniti luar bandar Malaysia untuk dipelajari 20 peserta dari...
