Sorting by

×

AGIHAN BAKUL RAHMAH PERSONA RINGANKAN BEBAN RAKYAT ALOR GAJAH

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

GADEK 24 Januari – Karnival Agihan Bakul Rahmah Persatuan Solidariti Nasional (PERSONA) Daerah Alor Gajah dan Jualan Rahmah yang dianjurkan di Padang Permainan Taman Padang Sebang Gemilang, di sini, membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, khususnya golongan yang memerlukan.

Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari berkata, sumbangan tersebut bukan sahaja dapat memenuhi keperluan serta memberi manfaat kepada masyarakat setempat, bahkan turut menunjukkan keprihatinan tinggi terhadap komuniti.

“Selain agihan Bakul Rahmah, program Jualan Rahmah yang diadakan serentak turut membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih rendah, selaras dengan inisiatif kerajaan dalam menangani tekanan kos sara hidup.

“Saya yakin ia adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk memudahkan rakyat, terutama masyarakat di kawasan luar bandar bagi mendapatkan barangan keperluan dengan harga lebih murah.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PERSONA dan pihak yang terlibat dalam pelaksanaan program ini, yang turut menyokong ekonomi dan menyatukan rakyat sepanjang beberapa tahun ini,” katanya ketika berucap pada program berkenaan.

Hadir sama, Exco Belia, Sukan dan NGO negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek Datuk VP Shanmugam, ketua-ketua jabatan dan agensi serta lain-lain kenamaan.

Mengulas lanjut, Adly berkata penganjuran program itu juga sekali gus membuktikan peranan penting pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti PERSONA dalam menyokong usaha kerajaan menjaga kebajikan rakyat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

331
Kongsi :
Previous post MAIM UCAP TERIMA KASIH TPM CAKNA ANAK YATIM MELAKA
Next post MELAKA SALUR RM50,000 PERKASA PERANAN ASKAR WATANIAH