Sorting by

×

PROGRAM KOMUNITI MADANI PLATFORM MPJ DEKATI WARGA JASIN

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

JASIN 25 Januari – Program Komuniti MADANI Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) disifatkan sebagai platform berkesan dalam merapatkan hubungan antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan komuniti setempat.

Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, program seumpama itu sememangnya dinantikan masyarakat di sebagai medium interaksi dua hala bersama PBT.

Menurutnya, menerusi program itu komuniti berpeluang mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan perkhidmatan PBT selain membuka ruang kepada MPJ untuk menyampaikan bentuk bantuan dan sokongan yang boleh diberikan kepada rakyat.

“Banyak maklumat yang boleh disalurkan, termasuk berkaitan isu kelulusan, pengurusan kedai, lesen perniagaan serta kebajikan penjaja kecil.

“Program ini juga memberi peluang kepada komuniti untuk bersama MPJ menyuarakan pandangan dan cadangan penambahbaikan demi perkhidmatan PBT yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Komuniti MADANI MPJ bersempena Sambutan Ulang Tahun Perbandaran Jasin ke-19 di Dataran Vista Alamanda (D’Va) MPJ, di sini, semalam.

Hadir sama Yang Dipertua MPJ Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari.

Dalam pada itu, Zulkiflee menegaskan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa menekankan kepentingan penglibatan komuniti dalam pembangunan setempat.

“Justeru itu, saya menyambut baik inisiatif MPJ yang terus mendekati rakyat melalui pelaksanaan program bersifat inklusif dan mesra komuniti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

420
Kongsi :
Previous post MELAKA KONSISTEN LAHIRKAN QARI, QARIAH, HAFIZ DAN HAFIZAH BERWIBAWA
Next post MELAKA MAHU MAHASISWA JADI ‘MATA DAN TELINGA’ AADK